Skip to main content

Dunia

Korban Gaza meningkat kepada 73,333 orang, tiga maut dalam tempoh 24 jam lalu

Bodies of unidentified Palestinians returned from Israel as part of the ceasefire deal are buried in Deir al-Balah, Gaza Strip, Friday, Feb. 13, 2026. (AP Photo/Abdel Kareem Hana)
Data yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya 1,207 orang terbunuh manakala 3,914 lagi cedera sejak gencatan senjata itu mula dilaksanakan. -Gambar fail/AP
Advertisement

GAZA: Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh akibat serangan berterusan Israel di Gaza meningkat kepada 73,333 orang sejak konflik bermula pada Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.

Kementerian itu berkata seramai 174,023 lagi cedera sepanjang tempoh konflik berkenaan, lapor Al Jazeera.

Dalam tempoh 24 jam lalu, sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin terbunuh manakala 14 lagi cedera akibat serangan udara terbaharu.

Seorang lagi mangsa dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat kecederaan yang dialami dalam serangan terdahulu.

Menurut kementerian itu, serangan berterusan Israel didakwa berlaku meskipun perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada Oktober 2025 masih berjalan.

Data yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya 1,207 orang terbunuh manakala 3,914 lagi cedera sejak gencatan senjata itu mula dilaksanakan.

Kementerian berkenaan berkata kemusnahan berterusan kemudahan kesihatan serta kekurangan jaminan keselamatan terus memburukkan krisis kemanusiaan di wilayah itu.

Pihak hospital turut memberi amaran angka korban sebenar mungkin lebih tinggi kerana ramai mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan belum dapat dikeluarkan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement