awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan beri jaminan makanan lautnya selamat

Bernama
Bernama
31/10/2023
09:50 MYT
Korea Selatan beri jaminan makanan lautnya selamat
Walaupun timbul isu keselamatan, jualan makanan laut di pasaran tempatan telah meningkat. - Gambar hiasan
SEOUL: Korea Selatan memberi jaminan makanan laut dari negara itu selamat untuk dimakan walaupun terdapat kebimbangan mengenai pelepasan air sisa radioaktif Jepun ke lautan.
"Saya yakin laut dan hasil makanan laut kita benar-benar selamat tetap tidak berubah," kata Menteri Perikanan dan Laut Cho Seung Hwan dalam sidang media, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menteri itu berkata terdapat data yang mencukupi untuk menyokong dakwaan berkenaan.
Beliau berkata walaupun timbul isu keselamatan, jualan makanan laut di pasaran tempatan telah meningkat.
Menurut beliau, kerajaan akan terus melancarkan acara promosi dan mengedarkan kupon untuk meningkatkan penggunaan tempatan.
Cho berkata beliau mengakui terdapat kebimbangan berterusan dalam kalangan penduduk berhubung pelepasan air sisa radioaktif Jepun.
Bagaimanapun beliau berkata kerajaan akan menggunakan semua sumber yang ada untuk memantau tahap radiasi dalam hidangan laut.
Jepun melancarkan fasa kedua pembuangan air sisa radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima ke dalam Lautan Pasifik pada awal bulan ini selepas fasa pertama dilaksanakan antara 24 Ogos dan 11 September.
Pusingan ketiga pelepasan dijadualkan pada awal November.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#makanan laut
#perikanan
#radioaktif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan