awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan catat kes pertama kematian akibat batuk kokol

Bernama
Bernama
12/11/2024
09:12 MYT
Korea Selatan catat kes pertama kematian akibat batuk kokol
Ini merupakan kematian pertama dilaporkan akibat penyakit ini sejak KDCA mula mengumpul data berkaitan pada 2011. - Gambar hiasan/AP
SEOUL: Agensi kawalan penyakit Korea Selatan memaklumkan pada Selasa bahawa negara ini telah merekodkan kes pertama kematian akibat batuk kokol yang melibatkan seorang bayi, lapor Xinhua.
Seorang bayi yang berusia kurang daripada dua bulan disahkan positif batuk kokol, penyakit berjangkit saluran pernafasan yang sangat mudah merebak, pada penghujung Oktober dan meninggal dunia minggu lepas berikutan simptom yang semakin teruk, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).
Ini merupakan kematian pertama dilaporkan akibat penyakit ini sejak KDCA mula mengumpul data berkaitan pada 2011.
Batuk kokol, biasanya menyerang kanak-kanak dan menyebabkan batuk teruk serta kesukaran bernafas.
Jumlah kes batuk kokol yang dilaporkan meningkat mendadak tahun ini, dengan 30,332 individu disahkan dijangkiti penyakit ini setakat minggu pertama November, berbanding hanya 292 kes yang dilaporkan sepanjang tahun 2023.
Agensi kawalan penyakit itu menggesa wanita hamil, keluarga, penjaga, dan petugas kesihatan untuk mendapatkan vaksin bagi melindungi bayi daripada penyakit ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#kematian pertama
#batuk kokol
#kesihatan
#penyakit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan