Skip to main content

Dunia

Korea Selatan peroleh 50 juta tong bekalan minyak alternatif bagi April

81717123092_Minyak.jpg
Kerajaan dan kilang penapisan minyak sedang berusaha keras untuk mendapatkan bekalan minyak alternatif daripada pelbagai negara sambil menyatakan bahawa Seoul telah berunding dengan Arab Saudi, Oman, Kazakhstan, Amerika Syarikat (AS) dan negara lain. -Gambar hiasan

SEOUL: Korea Selatan memperoleh kira-kira 50 juta tong bekalan minyak alternatif bagi bulan ini untuk menggantikan bekalan dari Asia Barat yang terhalang susulan penutupan efektif Selat Hormuz, kata pegawai kerajaan pada Khamis, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kerajaan dan kilang penapisan minyak sedang berusaha keras untuk mendapatkan bekalan minyak alternatif daripada pelbagai negara, kata Timbalan Menteri Perdagangan, Industri dan Keselamatan Sumber Yang Ghi-wuk dalam taklimat berkala mengenai bekalan tenaga, sambil menyatakan bahawa Seoul telah berunding dengan Arab Saudi, Oman, Kazakhstan, Amerika Syarikat (AS) dan negara lain.

Advertisement

Yang berkata kira-kira 80 juta tong minyak tiba di Korea Selatan setiap bulan apabila keadaan berjalan seperti biasa, namun sekitar 50 juta tong diperoleh secara sementara setakat ini bagi bulan ini, dengan bekalan alternatif dijangka meningkat pada Mei.

Bagi menampung kekurangan itu, kerajaan bertindak mengawal permintaan dan berusaha membantu bekalan menerusi sistem pertukaran minyak mentah dengan syarikat swasta, katanya.

-- BERNAMA-YONHAP

 

Must Watch Video