Skip to main content

Dunia

Mahkamah benarkan saman fitnah Trump terhadap BBC diteruskan

BBC berkata pihaknya terkejut dengan keputusan mahkamah namun menghormati proses perundangan dan yakin dengan pendiriannya. - Foto REUTERS
BBC berkata pihaknya terkejut dengan keputusan mahkamah namun menghormati proses perundangan dan yakin dengan pendiriannya. - Foto REUTERS

Ringkasan AI

  • Hakim persekutuan AS membenarkan saman fitnah AS$10 bilion oleh Donald Trump terhadap BBC diteruskan berkaitan dokumentari disiarkan Oktober 2024.
  • Trump mendakwa BBC menyunting ucapannya pada 6 Januari 2021 secara mengelirukan, namun BBC menafikan tindakan itu mencemarkan reputasinya.
  • Tuntutan berkaitan amalan perdagangan tidak adil telah ditolak mahkamah, sementara BBC menyatakan terkejut tetapi menghormati proses perundangan.
Advertisement

WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) memutuskan saman fitnah bernilai AS$10 bilion (kira-kira RM40.73 bilion) yang difailkan Presiden Donald Trump terhadap BBC boleh diteruskan, sekali gus memberi tamparan kepada penyiar Britain itu.

Kes itu berpunca daripada dokumentari 'Trump: A Second Chance?' yang disiarkan pada Oktober 2024.

Trump mendakwa BBC menyunting ucapannya pada 6 Januari 2021 secara mengelirukan sehingga memberi gambaran beliau menggalakkan penyokongnya menyerbu Bangunan Capitol AS.

Advertisement

Hakim memutuskan dakwaan bahawa BBC mengetahui atau sepatutnya mengetahui suntingan itu berpotensi mengelirukan adalah munasabah untuk dibicarakan, namun belum membuktikan Trump benar-benar menang dalam kes berkenaan.

BBC sebelum ini mengakui suntingan tersebut mengelirukan dan memohon maaf pada November 2025, tetapi terus menafikan tindakan itu mencemarkan reputasi presiden AS itu.

Advertisement

Dalam satu kenyataan, BBC berkata pihaknya terkejut dengan keputusan mahkamah namun menghormati proses perundangan dan yakin dengan pendiriannya.

Trump pula menyifatkan keputusan itu sebagai "kemenangan besar terhadap BBC berita palsu" menerusi platform Truth Social.

Saman yang difailkan pada Disember 2025 itu sebelum ini turut memasukkan dakwaan berkaitan amalan perdagangan tidak adil, namun tuntutan berkenaan telah ditolak oleh mahkamah.

Kes terhadap BBC adalah antara beberapa tindakan undang-undang yang difailkan Trump terhadap organisasi media utama, termasuk The Wall Street Journal dan The New York Times.

 

 

Must Watch Video

Advertisement