awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara ancam serang Seoul jika terima provokasi

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2024
03:00 MYT
Korea Utara ancam serang Seoul jika terima provokasi
Kim Yo-jong beri amaran Korea Utara akan melaksanakan serangan ketenteraan serta-merta terhadap Korea Selatan. - Foto AP
PYONGYANG: Korea Utara mengancam melaksanakan serangan ketenteraan serta-merta terhadap Korea Selatan sebagai tindak balas kepada sebarang provokasi yang ditujukan untuk negaranya.
Kim Yo-jong, kakak dan sekutu utama pemimpin Kim Jong-un, mengeluarkan ancaman itu pada Ahad ketika Pyongyang melepaskan tembakan meriam berhampiran sempadannya untuk hari ketiga berturut-turut.
Kenyataan itu juga susulan laporan tentera Korea Selatan yang menyebut Korea Utara melepaskan lebih 60 das tembakan artileri pada Ahad lalu berhampiran sempadan maritim mereka yang dipertikaikan.
Menurut agensi berita Korea Selatan Yonhap, lebih 200 tembakan dilaporkan pada Sabtu dan 90 das lagi tembakan dilepaskan sehari kemudian.
Menerusi satu kenyataan yang disiarkan agensi berita KCNA, Yo-jong, yang juga antara anggota paling berkuasa dalam kerajaan Jong-un berkata, tentera rakyat Korea (KPA) akan segera bertindak terhadap ancaman yang menggugat keselamatan negara itu.
Katanya, seperti yang sudah diisytiharkan, KPA akan melancarkan serangan tentera serta-merta jika musuh membuat walau sedikit provokasi.
Walaupun Korea Selatan mengadakan latihan tembakan di laut pada hari Jumaat sebagai tindak balas kepada peluru artileri Pyongyang, Yonhap melaporkan tiada rancangan untuk melakukan aktiviti serupa selepas peristiwa itu.
Latihan di kedua-dua belah sempadan pada hari Jumaat mencetuskan amaran kepada penduduk di pulau Korea Selatan untuk segera mencari perlindungan, walaupun tiada laporan peluru melintasi sempadan maritim.
Hubungan antara dua negara itu semakin tegang selepas Jong-un memutuskan untuk memaktubkan status negaranya sebagai kuasa nuklear ke dalam perlembagaan dan kerap menguji beberapa peluru berpandu balistik antara benua termaju tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Kim Yo-jong
#serangan
#Korea Utara
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan