awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara hentikan program senjata nuklear, peluru berpandu - Kim Jong-un

Agensi
Agensi
21/04/2018
05:02 MYT
Korea Utara hentikan program senjata nuklear, peluru berpandu - Kim Jong-un
JONG-UN: Korea Utara sudahpun capai kejayaan dalam membangunkan senjata nuklear. - Reuters
Korea Utara akan menghentikan serta-merta ujian nuklear dan peluru berpandu, sebaliknya menjalankan usaha pertumbuhan ekonomi dan keamanan, ujar media rasmi negara itu pada Sabtu.
Reuters melaporkan, perkara tersebut diumumkan menjelang persidangan dengan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS)
Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un berkata negaranya tidak lagi perlu menjalankan ujian nuklear atau ujian peluru berpandu balistik antara benua kerana sudahpun mencapai kejayaan membangunkan senjata nuklear, lapor agensi berita KCNA.
Korea Utara kini berpandangan, bagi membentuk hubungan antarabangsa yang boleh memangkin ekonominya, negara itu perlu mempunyai pertalian rapat dan sesi dialog yang aktif dengan negara jiran serta komuniti antarabangsa.
Ini merupakan kali pertama Jon-un mengumumkan tentang pendirian mengenai program senjata nuklear, lebih-lebih lagi menjelang persidangan dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in minggu depan, dan dengan Presiden AS, Donald Trump pada penghujung Mei atau awal Jun.
Ikrar menghentikan pembangunan senjata nuklear - yang dimulakan oleh datuknya dan diteruskan bapanya – bermakna, ia suatu lembaran baharu untuk pemimpin generasi ketiga berusia 34 tahun itu.
Selama ini, Jon-un dilihat meletakkan keutamaan kepada persenjataan nuklear dan menjadikannya perkara penting dalam intipati kewujudan dan kuasa rejimnya.
Pemberhentian ujian nuklear dan komitmen untuk menutup tapak ujian dilihat menjawab permintaan Washington agar Pyongyang menyahaktifkan program senjata nuklearnya.
Pengumuman daripada Jong Un sebelum sesi persidangan itu menunjukkan kesungguhannya tentang rundingan denuklearisasi.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#ekonomi
#Kim Jong Un
#Korea Selatan
#Korea Utara
#nuklear
#Pyongyang
#senjata
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan