awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Senarai calon Exco baharu dipersembah kepada Raja Perlis minggu depan - MB
Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar NYC Muslim pertama
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara lancar dua peluru berpandu balistik

Agensi
Agensi
31/10/2019
16:53 MYT
Korea Utara lancar dua peluru berpandu balistik
Peluru berpandu tersebut meluncur sejauh 370 kilometer dan mencapai altitud 90 kilometer, yang disifatkan JCS sebagai 'jarak dekat'. - Foto AP
Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu dipercayai jenis balistik ke dalam laut antara Semenanjung Korea dan Jepun, lapor Reuters pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan pengawal pantai Jepun dan tentera Korea Selatan dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Ketua Turus Kakitangan Tentera Korea Selatan (JCS), dua 'peluru berpandu tidak dikenal pasti’ itu dilancarkan pada jam 4:35 dan 4:38 petang, dari wilayah Selatan Phyongan di tengah negara itu.
Peluru berpandu tersebut meluncur sejauh 370 kilometer dan mencapai altitud 90 kilometer, yang disifatkan JCS sebagai 'jarak dekat'.
Pihak berkuasa Jepun berkata, peluru berpandu berkenaan telah jatuh di kawasan luar Zon Ekonomi Ekslusif Jepun (EEZ), sejauh 200 batu nautika (370 kilometer) dari darat.
“Objek yang dipercayai peluru berpandu balistik dilancarkan dari Korea Utara.
"Ia tidak mendarat di wilayah kami,” kata Kementerian Pertahanan Jepun.
Topic Berkaitan
#Jepun
#Kementerian Pertahanan Jepun
#Korea Utara
#Korea Utara lancar peluru berpandu
#peluru berpandu balistik
#Selatan Phyongan
#Semenanjung Korea
#Zon Ekonomi Ekslusif Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan