MOSCOW: Korea Utara memaklumkan pihaknya telah menguji dua "peluru berpandu jelajah strategik" dari sebuah kapal selam menjelang latihan ketenteraan Amerika Syarikat-Korea Selatan akan datang, lapor Sputnik memetik agensi berita Yonhap.
Peluru berpandu itu dilancarkan dari kapal selam Yongung 8.24 pada pagi Ahad, Yonhap memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) pada Isnin.
Peluru berpandu itu dilaporkan mengenai sasaran di Laut Jepun selepas "merentasi perjalanan sejauh 1,500 kilometer (932 batu) selama 7,563 hingga 7,575 saat," menurut KCNA.
Latihan itu mengesahkan kebolehpercayaan sistem senjata baharu dan "mengesahkan postur operasi semasa pencegahan perang nuklear".
Sementara itu, tentera Korea Selatan pada Isnin mendakwa bahawa Korea Utara telah melancarkan satu peluru berpandu yang tidak dikenali dari sebuah kapal selam, lapor Yonhap.
Peluru berpandu itu dilancarkan pada Ahad dari bandar pantai timur Korea Utara Sinpo, kata Ketua Staf Bersama Korea Selatan (JCS).
"Sambil memperkukuh kesiapsiagaan dan pemantauan, tentera kita mengekalkan postur kesediaan penuh dengan kerjasama erat dengan Amerika Syarikat," menurut JCS dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Peluru berpandu itu dilaporkan mengenai sasaran di Laut Jepun selepas merentasi perjalanan sejauh 1,500 kilometer (932 batu) selama 7,563 hingga 7,575 saat. -Reuters

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.

Korea Utara sahkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak sederhana baharu
Peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,500 kilometer pada kelajuan 12 kali ganda kelajuan bunyi pada hari sebelumnya.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.

Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.

Trump mahu jumpa, Kim Jong Un tegaskan tidak akan berlaku
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu bertemu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un untuk meredakan ketegangan di Korea.

Kim Jong Un arah pengeluaran besar-besaran dron 'bunuh diri'
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan memantau ujian sistem senjata dron 'bunuh diri' dan mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata itu.

Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.

Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke arah Laut Timur
Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu balistik jarak dekat ke arah Laut Timur pada pagi Selasa.

Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.