LONDON: Kot buatan khas yang dipakai Elvis Presley sepanjang tahun terakhir hidupnya telah dijual pada harga lebih GBP100,000 AS$127,000) dalam satu acara lelongan di Britain, kata agensi berita Jerman (dpa).

Presley memberikan jaket kulit dan mink, yang panjangnya satu meter dan 20cm, kepada abang tunangnya Ginger Alden sebelum meninggal dunia pada 1977.

Ia disertakan dengan surat ketulenan daripada Rosemary Alden Starkey, iaitu adik kepada Ginger Alden.

--BERNAMA-dpa