awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KP1M sedang urus bawa 100 kanak-kanak Gaza untuk rawatan di Malaysia

Bernama
Bernama
25/08/2014
06:52 MYT
KP1M sedang urus bawa 100 kanak-kanak Gaza untuk rawatan di Malaysia
Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya akan menyegerakan proses berkaitan untuk membawa 100 rakyat dari Gaza terutama kanak-kanak ke negara ini dalam masa terdekat - Gambar Fail
Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) sedang menguruskan dokumentasi untuk membawa kanak-kanak dari Gaza, Palestin yang cedera akibat serangan Israel untuk menerima rawatan susulan di negara ini.
Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya akan menyegerakan proses berkaitan untuk membawa 100 rakyat dari Gaza terutama kanak-kanak ke negara ini dalam masa terdekat.
"Sewaktu lawatan misi kemanusian KP1M ke Gaza baru-baru ini, saya dapati 40 peratus mangsa bedilan kekejaman tentera Zionis adalah terdiri daripada golongan kanak-kanak dan 40 peratus lagi golongan wanita.
"Selebihnya golongan lelaki serta warga emas dan majoriti warga Palestin cedera putus kaki atau tangan," kata Abdul Azeez yang merupakan anggota Majlis Tertinggi UMNO kepada Bernama di sini, hari ini selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Labuan.
Beliau berkata antara keperluan kanak-kanak itu termasuk pembedahan otak memandangkan kepakaran dan perubatan yang mencukupi di Malaysia berikutan situasi genting di Gaza masa kini.
Abdul Azeez menggesa seluruh rakyat Malaysia agar bersatu bersuara menentang kekejaman tentera rejim Zionis memasuki hari ke-47 yang menyaksikan jumlah angka korban meningkat kepada 2,700 orang setakat ini.
"Sejumlah 20 tan bekalan ubat-ubatan kita agihkan ke tujuh buah hospital di Gaza itu belum mencukupi lagi kerana setiap hari 40 tan roket serta peluru menyembah bumi gaza dan mencium tubuh segenap penduduk Gaza," katanya.
Dalam pada itu, katanya, bantuan kepada penduduk di Gaza akan terus dijalankan termasuk mengadakan kempen derma darah 1Malaysia untuk disalurkan kepada hospital-hospital di Gaza yang memerlukannya.
"Tarikh kempen belum diputuskan lagi tetapi saya ingin memperingatkan bahawa sesungguhnya biarlah darah kita mengalir di dalam badan-badan mereka yang memperjuangkan hak orang Islam untuk terus melihat masjid Al-Aqsa terus berdiri gah di sana," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Azeez Abdul Rahim
#Gaza
#Israel
#KP1M
#Mesir
#Rafah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan