awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kren runtuh Masjidilharam: Anak muda di Mekah derma darah

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
12/09/2015
08:38 MYT
Kren runtuh Masjidilharam: Anak muda di Mekah derma darah
Jabatan Kesihatan Arab Saudi menyeru orang ramai tampil menderma darah bagi membantu tetamu Allah yang terlibat dengan segera. - Gambar Fail
Warga Mekah yang terdiri dari golongan muda berpusu-pusu ke hospital bagi menderma darah susulan tragedi kren tumbang di Masjidilharam pada petang Jumaat.
Mereka bergegas ke hospital sebaik mendapat berita melalui media sosial mengenai kejadian itu meragut lebih 100 nyawa dan mencederakan 238 mangsa.
Menurut laporan Saudi Gazette, Jabatan Kesihatan Arab Saudi menyeru orang ramai tampil menderma darah bagi membantu tetamu Allah yang terlibat dengan segera.
Kebanyakan mangsa yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Ayjad.
Sementara itu, Emir Mekah, Putera Khaled Al-Faisal telah mengarahkan penubuhan dua jawatankuasa bagi menyiasat tragedi berkenaan.
Insiden tersebut dipecayai berpunca dari kren yang digunakan dalam projek pembesaran Masjidil Haram itu tumbang.
Topic Berkaitan
#Emir Mekah
#Hospital Ayjad
#Jabatan Kesihatan Arab Saudi
#Putera Khaled Al-Faisal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan