KUALA LUMPUR: Krisis Rusia-Ukraine akan memberi kesan negatif ke atas kargo udara manakala penutupan ruang udara pula akan memutuskan kesalinghubungan langsung banyak pasaran yang terhubung dengan Rusia, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Ia menjelaskan pasaran kargo udara mencatatkan pertumbuhan yang lebih perlahan pada Januari 2022, dipengaruhi oleh gangguan rantaian bekalan dan kekangan kapasiti, serta kemerosotan situasi ekonomi.
Permintaan global, diukur dalam kargo tan kilometer (CTK), meningkat 2.7 peratus daripada angka pada Januari 2021 (3.2 peratus bagi operasi antarabangsa).
Bagaimanapun, prestasi itu jauh lebih rendah berbanding peningkatan 9.3 peratus yang dicatatkan pada Disember 2021 (11.1 peratus untuk operasi antarabangsa).
Ketua Pengarah IATA, Willie Walsh berkata pihaknya berpandangan pasaran kargo dijangka terjejas susulan krisis Rusia-Ukraine yang mengakibatkan peralihan berkaitan sekatan dalam aktiviti pembuatan dan ekonomi, kenaikan harga minyak mentah dan ketidaktentuan geopolitik.
"Kapasiti dijangka mengalami tekanan lebih besar dan kadar mungkin meningkat. Sejauh mana ia akan berlaku, itu masih terlalu awal untuk diunjurkan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata bagaimanapun secara keseluruhannya, kesan ke atas pasaran global dijangka rendah kerana kargo yang dibawa ke, dari, dan dalam Rusia hanya menyumbang 0.6 peratus kepada kargo global yang dibawa melalui udara pada 2021.
"Beberapa pengangkut kargo khusus didaftarkan di Rusia dan Ukraine, terutama yang terlibat dengan operasi angkat kargo berat," katanya.
Bagi kapasiti, ia adalah 11.4 peratus melebihi Januari 2021 (10.8 peratus bagi operasi antarabangsa).
Walaupun berada dalam lingkungan positif, berbanding paras sebelum COVID-19 berlaku, kapasiti itu kekal terhad pada 8.9 peratus sekali gus berada di bawah paras yang direkodkan pada Januari 2019.
Mengenai gangguan rantaian bekalan dan kemerosotan keadaan ekonomi, IATA menjelaskan, ia disebabkan pembatalan penerbangan ekoran kekurangan tenaga kerja, iklim musim sejuk, tahap pelaksanaan 5G yang lebih rendah di Amerika Syarikat serta dasar sifar COVID di tanah besar China dan Hong Kong.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 09 2022
Beberapa pengangkut kargo khusus didaftarkan di Rusia dan Ukraine, terutama yang terlibat dengan operasi angkat kargo berat.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
Bashar al-Assad umum letak jawatan dan tinggalkan Syria - Rusia
Bashar al-Assad, pemimpin rejim Baath Syria yang digulingkan memutuskan untuk meletak jawatan dan meninggalkan negara itu.
Rusia tutup konsulat Poland di St Petersburg
Tiga diplomat dari Konsulat Poland turut diisytiharkan sebagai 'persona non grata' dan diminta meninggalkan Rusia.
Serangan Rusia di Ukraine ragut 9 nyawa, 20 cedera
Rakaman di lokasi turut menunjukkan api marak dari bangunan yang musnah bersama beberapa kereta yang terbakar dengan mayat di dalamnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rusia tangguhkan World Friendship Games
Rusia menangguhkan penganjuran World Friendship Games, saingan kepada Olimpik, tanpa menetapkan tempoh baharu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Zelensky kemuka syarat baharu gencatan senjata, Moscow berdiam diri
Zelensky menyuarakan kesediaannya untuk menamatkan fasa "panas" konflik dengan Rusia sekiranya keanggotaan Ukraine dalam NATO dipercepat.
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana (ATACMS) oleh Ukraine, yang dibekalkan AS.