awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tular video bergaduh di restoran: Kes selesai cara baik - Polis
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
Rebooz Hydrogen Technology pemenang minggu ketiga Innovathon 3
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rusia tangguhkan World Friendship Games

Bernama
Bernama
03/12/2024
04:05 MYT
Rusia tangguhkan World Friendship Games
Presiden Vladimir Putin menandatangani dekri pada Isnin yang menyatakan bahawa temasya itu tidak boleh diteruskan selagi atlet dan persatuan sukan tidak mempunyai akses bebas ke pertandingan antarabangsa. - Gambar fail/ Reuters
MOSCOW: Rusia menangguhkan penganjuran World Friendship Games, saingan kepada Olimpik, tanpa menetapkan tempoh baharu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Presiden Vladimir Putin menandatangani dekri pada Isnin yang menyatakan bahawa temasya itu tidak boleh diteruskan selagi atlet dan persatuan sukan tidak mempunyai akses bebas ke pertandingan antarabangsa.
Namun, penganalisis berpendapat alasan sebenar penangguhan adalah kekurangan dana.
Moscow pada asalnya merancang menganjurkan temasya berkenaan pada September di Yekaterinburg sebagai pengganti bagi atlet Rusia yang tidak dibenarkan bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 akibat operasi ketenteraannya di Ukraine.
Hanya kira-kira sedozen atlet Rusia dibenarkan bertanding di Perancis di bawah bendera neutral.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengkritik temasya saingan anjuran Rusia itu dan menyeru anggota persekutuan mereka untuk tidak mengambil bahagian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#World Friendship Games
#Sukan Olimpik
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan