WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengenakan sekatan ke atas Presiden Rusia Vladimir Putin, Menteri Luar Sergey Lavrov dan pegawai kanan lain berikutan operasi ketenteraan Moscow di Ukraine.
White House sebelum ini memaklumkan Washington akan menyertai Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan terhadap pemimpin dan diplomat kanan serta anggota pasukan keselamatan Rusia.
"Presiden Putin dan Menteri Lavrov bertanggungjawab secara langsung terhadap tindakan yang menyalahi undang-undang itu, satu operasi ketenteraan tanpa provokasi ke atas Ukraine, sebuah negara berdaulat demokratik," lapor agensi Anadolu memetik Jabatan Perbendaharaan.
Seramai 11 anggota pasukan keselamatan Rusia dikenakan sekatan termasuk Pengarah Perkhidmatan Perisikan Asing Sergei Naryshkin.
"Kami bersatu dengan sekutu dan rakan kongsi antarabangsa kami untuk memastikan Rusia menanggung kerugian ekonomi dan diplomatik akibat tindakan itu.
"Jika perlu, kami bersedia untuk mengenakan lebih banyak sekatan ke atas Rusia," kata Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen.
Operasi ketenteraan di Ukraine memasuki hari ketiga pada Sabtu dengan laporan terbaharu menyatakan tentera Rusia sedang bergerak ke Kiev.
Putin mengumumkan operasi ketenteraan itu pada Khamis, beberapa hari selepas mengiktiraf dua wilayah di timur Ukraine.
Beliau mendakwa Moscow tidak berhasrat untuk menduduki negara jiran itu sebaliknya mahu "menjadikan kawasan itu bebas tentera dan pengaruh Nazisme.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy menuduh Rusia cuba mewujudkan kerajaan boneka dan berkata rakyat Ukraine akan mempertahankan negara mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 26 2022
White House sebelum ini memaklumkan Washington akan menyertai Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan sekatan terhadap pemimpin dan diplomat kanan serta anggota pasukan keselamatan Rusia. - Gambar fail
Dewan Negara luluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 selepas mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Negara.
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
MTDC perkukuh usaha pemerkasaan inovasi teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
DUB menyediakan pembiayaan sehingga RM100,000, manakala DMM menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
Bashar al-Assad umum letak jawatan dan tinggalkan Syria - Rusia
Bashar al-Assad, pemimpin rejim Baath Syria yang digulingkan memutuskan untuk meletak jawatan dan meninggalkan negara itu.
Rusia tutup konsulat Poland di St Petersburg
Tiga diplomat dari Konsulat Poland turut diisytiharkan sebagai 'persona non grata' dan diminta meninggalkan Rusia.
Serangan Rusia di Ukraine ragut 9 nyawa, 20 cedera
Rakaman di lokasi turut menunjukkan api marak dari bangunan yang musnah bersama beberapa kereta yang terbakar dengan mayat di dalamnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rusia tangguhkan World Friendship Games
Rusia menangguhkan penganjuran World Friendship Games, saingan kepada Olimpik, tanpa menetapkan tempoh baharu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Zelensky kemuka syarat baharu gencatan senjata, Moscow berdiam diri
Zelensky menyuarakan kesediaannya untuk menamatkan fasa "panas" konflik dengan Rusia sekiranya keanggotaan Ukraine dalam NATO dipercepat.
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana (ATACMS) oleh Ukraine, yang dibekalkan AS.