awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: Hujan peluru bertalu-talu sasar Kharkiv, Kiev

Sinar Harian
Sinar Harian
02/03/2022
01:58 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: Hujan peluru bertalu-talu sasar Kharkiv, Kiev
Tentera Rusia melancarkan serangan udara menyasarkan blok perumahan dan menara TV utama di Kharkiv dan Kiev ketika Moscow semakin mara ke bandar-bandar utama. -Gambar fail/Reuters
KIEV: Tentera Rusia melancarkan serangan udara menyasarkan blok perumahan dan menara TV utama di Kharkiv dan Kiev ketika Moscow semakin mara ke bandar-bandar utama.
Sekurang-kurangnya lapan terbunuh di Kharkiv setelah bangunan kerajaan tempatan di bandar kedua terbesar tersebut dibedil beberapa jam sebelum itu.
"Kira-kira 10 mangsa lain ditemui terselamat di bawah runtuhan struktur berkenaan," ujar pegawai kerajaan.
Sementara itu, serangan ke atas menara TV Kiev telah meragut lima nyawa.
Difahamkan, bedilan tersebut dilancarkan selepas Moscow memberi amaran kepada penduduk Kiev yang tinggal berhampiran infrastruktur tersebut supaya meninggalkan kediaman masing-masing.
Susulan serangan bertalu-talu itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menuduh Kremlin melakukan jenayah perang ke atas negara itu walaupun ia menafikan kononnya mereka tidak menyasarkan infrastruktur orang awam.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pelajar warga India disahkan terbunuh di Kharkiv ketika Moscow memperhebatkan kempen serangan mereka pada Selasa.
New Delhi dalam satu kenyataan menggesa Moscow dan Kiev memastikan laluan selamat kepada kira-kira 12,000 rakyat mereka yang masih terkandas.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kiev
#blok perumahan
#menara TV utama
#Volodymyr Zelenskyy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan