awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: Rusia nafi sasar serangan ke kawasan penempatan penduduk

Astro Awani
Astro Awani
27/02/2022
01:00 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: Rusia nafi sasar serangan ke kawasan penempatan penduduk
Sebuah trak tentera terbakar di jalan raya di Kiev, Ukraine pada Sabtu, 26 Feb 2022, susulan serangan. -Gambar fail/AP
MOSCOW: Rusia nafi menyasarkan serangan ke kawasan penempatan penduduk dalam operasi ketenteraan ke atas Ukraine.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Igor Konashenkov sebaliknya mendedahkan serangan hanya disasarkan ke lokasi kepentingan ketenteraan negara itu.
Namun sejak pencerobohan dilancarkan, sebahagian kemusnahan dilapor turut melibatkan jambatan, sekolah dan kawasan kediaman penduduk.
"Sejak Ukraine meninggalkan proses rundingan, kami mengarahkan tentera untuk meningkatkan serangan berdasarkan pelan ketenteraan.
"Kami tidak melancarkan sebarang serangan ke kawasan penduduk di bandar Ukraine."
Penafian itu menyusul selepas Kementerian Kesihatan Ukraine melaporkan lebih 198 korban dicatatkan dengan 1,000 kematian akibat serangan Rusia.
Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 120,000 penduduk Ukraine telah melarikan diri ke negara jiran sejak perang tercetus.
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#operasi ketenteraan
#kawasan penempatan penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan