awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: Tentera Putin mara ke Kiev, Zelenskyy kekal untuk berlawan

Agensi
Agensi
26/02/2022
10:48 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: Tentera Putin mara ke Kiev, Zelenskyy kekal untuk berlawan
Pasukan tentera Rusia dilaporkan sedang mendekati Kiev, dengan beberapa kemusnahan jelas terjadi di laluan kemasukan mereka. - Foto Reuters
KIEV: Tentera Rusia terus mara ke ibu negara Ukraine pada Sabtu, selepas penduduk Kiev mencari perlindungan bawah tanah akibat letupan dan pertempuran di jalanan sepanjang malam.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy bagaimanapun menolak tawaran Amerika Syarikat untuk dibawa keluar, sebaliknya tekad untuk kekal di ibu negara.
Namun, masih belum jelas sejauh mana tentera Rusia berjaya menceroboh Kiev.
Beberapa pegawai kerajaan Ukraine melaporkan kejayaan mengatasi serangan, namun pertempuran masih berterusan berhampiran bandar tersebut.
Menurut penasihat Zelenskyy, Mykhailo Podolyak, beberapa pasukan kecil tentera Rusia cuba memasuki Kiev.
Manakala Datuk Bandar Kiev Vitali Klitchsko berkata, sebuah bangunan di bahagian barat daya bandar itu mengalami kerosakan akibat serangan peluru berpandu.
Namun, tiada kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan secara rasmi setakat ini.
Associated Press turut melaporkan bahawa Amerika Syarikat mendesak Zelenskyy supaya melarikan diri dari Kiev, namun beliau menolak tawaran tersebut.
KRISIS RUSIA-UKRAINE SEMAKIN MERUNCING, MAKLUMAT TERKINI DI SINI
Seorang pegawai risikan kanan Amerika memberitahu bahawa presiden itu berkata, dia memerlukan amunisi, bukan laluan keluar.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat percaya bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin berhasrat untuk meruntuhkan kerajaan Ukraine bagi menggantikannya dengan rejim sendiri.
Pencerobohan Ukraine itu disifatkan sebagai usaha terbesar Putin untuk melakar semula peta Eropah dan menghidupkan semula pengaruh Moscow dari era Perang Dingin.
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#tentera
#volodymir zelenskyy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan