awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Ukraine: Britain umum sekatan terhadap Rusia

Bernama
Bernama
23/02/2022
04:15 MYT
Krisis Ukraine: Britain umum sekatan terhadap Rusia
Johnson berkata, Britain akan mengenakan sekatan terhadap lima bank Rusia dan tiga individu. - Gambar fail
LONDON: Perdana Menteri Boris Johnson pada Selasa mengumumkan Britain akan mengenakan beberapa sekatan ke atas Rusia susulan perkembangan terkini di Ukraine.
Beliau berkata, Britain akan mengenakan sekatan terhadap lima bank Rusia dan tiga individu, lapor Xinhua.
"Sebarang aset yang mereka pegang di United Kingdom (UK) akan dibekukan, individu terbabit juga dilarang melancong ke sini, dan kami akan melarang semua individu serta entiti UK membuat sebarang urusan dengan mereka," katanya.
Tambah beliau, Britain tidak berputus asa untuk mencari penyelesaian diplomatik berhubung situasi di Ukraine.
Menurut laporan, Rusia berikrar untuk bertindak balas jika sekatan baharu dikenakan.
Putin pada Isnin berkata beliau sedar bahawa Barat cuba "mengugut" Rusia sekali lagi dengan sekatan, tetapi yakin tindakan itu tetap diteruskan hanya kerana kewujudan Rusia dan bukannya disebabkan keadaan di Ukraine.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#sekatan
#Rusia
#Britain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan