awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kritik konsert dan acara hiburan, bekas imam Masjidil Haram dipenjara 10 tahun

Agensi
Agensi
30/08/2022
06:00 MYT
Kritik konsert dan acara hiburan, bekas imam Masjidil Haram dipenjara 10 tahun
Sheikh Saleh mengecam konsert dan acara hiburan yang menyimpang daripada norma agama dan budaya mereka dalam khutbahnya. - Foto Twitter/MySamudera
RIYADH: Mahkamah Rayuan Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada bekas imam Masjidil Haram dan pendakwah terkemuka , Sheikh Saleh Al Talib.
Pihak berkuasa Saudi menahan Sheikh Saleh pada Ogos 2018, selepas didakwa menyampaikan khutbah yang mengkritik badan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia industri hiburan di negara itu.
Beliau dipercayai mengecam konsert dan acara hiburan yang menyimpang daripada norma agama dan budaya mereka dalam khutbahnya.
“Mahkamah Rayuan Jenayah Khusus di Riyadh, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Imam Masjidil Haram, Syeikh Saleh Al Talib, sekaligus membatalkan keputusan pembebasan terhadapnya," kata Pertubuhan untuk Demokrasi di Dunia Arab (Dawn) melalui Twitter, pada Isnin.
Penahanan Sheikh Saleh dilakukan ketika Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman meneruskan usaha mereformasi masyarakat dengan menahan ulama dan imam terkemuka yang mengkritik agenda pembaharuan.
Sheikh Saleh mempunyai pengikut yang ramai di seluruh dunia, dengan ribuan menonton khutbah dan bacaan al-Qurannya di YouTube.
Topic Berkaitan
#Sheikh Saleh Al Talib
#imam Masjidil Haram
#kecam konsert dan acara hiburan
#Pertubuhan untuk Demokrasi di Dunia Arab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan