awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kru kabin diserang penumpang, pesawat Turkish Airlines mendarat cemas

Faida Rahim
Faida Rahim
12/10/2022
05:04 MYT
Kru kabin diserang penumpang, pesawat Turkish Airlines mendarat cemas
Insiden berlaku selepas salah seorang penumpang di dalam pesawat menyerang kru kabin. - Instagram/@turkishairlines
JAKARTA: Sebuah pesawat Turkish Airlines dalam penerbangan ke Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta dilaporkan mendarat cemas, semalam.
Ketua Polis Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Sigit Dani Setiyono memaklumkan, pendaratan kecemasan dilakukan di Lapangan Terbang Kuala Namu, Sumatera Utara.
Memetik laporan CNN Indonesia, insiden berlaku selepas salah seorang penumpang di dalam pesawat menyerang kru kabin.
“Malam tadi memang ada laporan dari Kuala Namu bahawa ada penumpang yang membuat onar dan mengganggu ketenteraman di dalam pesawat Turkish Air menuju ke Jakarta.
“Penumpang pesawat itu menyerang kru kabin yang bertugas. Insiden itu kemudian dileraikan oleh penumpang lain dan penyerang diarahkan untuk turun di Lapangan Terbang Kuala Namu.
“Kru kabin yang diserang kini masih dibawah jagaan Pejabat Kesihatan Pelabuhan Lapangan Terbang Kuala Namu (KKP),” katanya.
Insiden sebuah pesawat dengan nombor penerbangan TK56 Turkish Airlines membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Kuala Namu tular di media sosial sejak semalam.
Topic Berkaitan
#Jakarta
#Turkish Airlines
#pendaratan cemas
#serang kru kabin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan