awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature'

Sinar Harian
Sinar Harian
18/05/2024
23:40 MYT
Kucing terima Ijazah Kehormat 'Doctor of Litter-ature'
Max menerima 'anugerah khas' itu kerana kemesraannya bersama penuntut kampus berkenaan sejak empat tahun lalu. - Foto agensi
MONTPELIER: Sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS) menganugerahkan Ijazah Kehormat ‘Doctor of Litter-ature’ kepada seekor kucing yang menjadi kesayangan warga kampus berkenaan.
Vermont State University Castleton Campus mengumumkan ‘anugerah khas’ kepada kucing digelar Max itu kerana kemesraan luar biasa si comel tersebut.
“Max telah menjadi sebahagian daripada warga Castleton selama bertahun-tahun,” ujar pihak universiti itu.
Kucing belang popular itu tinggal bersama sebuah keluarga di jalan menghala ke pintu masuk kampus berkenaan dan bersosial bersama penuntut di sana sejak empat tahun lalu.
“Ia sering ke universiti itu. Mereka sangat menyayanginya,” kata pemiliknya, Ashley Dow pada Khamis yang turut dirujuk sebagai ‘ibu’ kepada Max.
Difahamkan, Max tidak akan menyertai majlis penyampaian ijazah tersebut, sebaliknya ia akan dihantar kepada Dow selepas upacara tamat pengajian penuntut selesai pada Sabtu. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#kucing
#Ijazah Kehormat
#Max
#Vermont State University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan