awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
Ketua Perbendaharaan AS puji ‘kemenangan besar’ PM Jepun, Sanae Takaichi
Epstein didakwa cuba dekati Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuda belang lahirkan 'zonkey' selepas bercampur dengan keldai, lembu

Agensi
Agensi
20/04/2020
01:09 MYT
Kuda belang lahirkan 'zonkey' selepas bercampur dengan keldai, lembu
Kuda belang lahirkan seekor zonkey, yang merupakan kacukan kuda belang dan keldai.- Foto/Sheldrick Wildlife Trust
Seekor anak kuda belang di Taman Negara Chyulu Hills di Kenya, kelihatan berbeza daripada spesiesnya yang lain.
Belang yang dimiliki bukan berwarna hitam dan putih, malah belang itu pula tidak menutupi keseluruhan badannya.
Petugas Sheldrick Wildlife Trust, sebuah organisasi penyelamat dan pemuliharaan haiwan, yang memeriksa kuda belang itu teruja apabila mendapat tahu ia bukan seekor kuda belang biasa.
Ia sebaliknya merupakan seekor zonkey, kacukan kuda belang dan keldai.
"Bekerja dengan hidupan liar, kami perlu biasakan diri dengan perkara yang tidak dijangka," kata seorang jurucakap kumpulan penyelamat itu.
Ibu zonkey itu sesat selepas keluar dari Taman Nasional Tsavo di timur Kenya dan ditemui bercampur dengan kawanan lembu di sebuah kampung, sebelum dibawa ke Taman Negara Chyulu, kira-kira setahun lalu.
Penyelamat berpendapat kuda belang betina itu 'bertemu" seekor keldai ketika hidup bersama kawanan lembu berkenaan.
Walaupun boleh menjalani kehidupan normal, zonkey dikategorikan sebagai mule, yang bermaksud ia tidak boleh membiak setelah mencapai usia matang.
Topic Berkaitan
#haiwan
#kacukan
#keldai
#Kenya
#kuda belang
#zonkey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan