Enam penyokong antikerajaan cedera dalam pertempuran dengan polis tengah hari ini, sementara di Parlimen pemimpin kumpulan antikerajaan Suthep Thaugsuban menyerahkan surat meminta senator yang bersidang hari ini membantu mencari penyelesaian konflik politik itu.
Suthep yang datang bersama-sama sekutunya menyerahkan surat itu kepada pemangku Speaker Senat Surachai Liengboonlertchai.
Mereka menuntut speaker baharu dilantik agar beliau boleh berperanan sebagai presiden Parlimen dan menamakan perdana menteri baharu.
Suthep dan pengikutnya turut ke Rumah Kerajaan bagi menyatakan desakan agar reformasi dilaksana sebelum pilihan raya umum diadakan.
Kumpulan-kumpulan lain dilaporkan berkumpul di sekurang-kurangnya enam lokasi dalam satu gerakan besar-besaran yang mendapat nafas baharu susulan pemecatan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.
Sementara itu konfrontasi antara penunjuk perasaan yang dipimpin sami, Buddha Issara dan polis tengah hari Jumaat berlaku di hadapan pejabat Pusat Pentadbiran bagi Keamanan dan Ketenteraman yang terletak di Kelab Sukan Polis di sini.
Konfrontasi bagaimanapun tidak lama apabila Buddha Issara dan penyokongnya kembali ke kawasan perhimpunan di Kompleks Kerajaan di Chaengwattana lebih awal daripada yang dirancang susulan khabar angin bahawa ada penyokong kerajaan Baju Merah akan ke kompleks itu.
Bagaimanapun perkara itu tidak benar.
Dengan angka terbaharu hari ini menjadikan jumlah yang cedera akibat krisis politik di Thailand sejak 30 Nov tahun lepas meningkat kepada 757 orang dengan lima masih dirawat di hospital.
Angka kematian kekal pada 22 menurut Pusat Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Erawan milik Pentadbiran Metropolitan Bangkok.
Konflik politik Thailand masih di jalan buntu di sebalik pemecatan Yingluck memandangkan kabinet sementara masih mengandungi anggota Pheu Thai Party dan sekutunya.
Sejak keputusan mahkamah berkenaan Yingluck pada Rabu, sekurang-kurangnya empat serangan bom berlaku dengan satu di rumah hakim Mahkamah Perlembagaan.
Kumpulan pembangkang menjangka apabila Yingluck didapati bersalah oleh Mahkamah Perlembagaan, seluruh kabinet akan diganti dengan mereka yang tidak rapat dengan Yingluck dan abangnya Thaksin yang juga bekas Perdana Menteri.
Sementara itu, kumpulan prokerajaan Baju Merah akan memulakan perhimpunan besar-besaran mereka di Jalan Aksa di pinggir Bangkok pada Sabtu.
Bernama
Fri May 09 2014
Suasana protes penyokong antikerajaan di Bangkok - Gambar AFP
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Raja Maghribi selamat jalani pembedahan akibat kecederaan bahu
Pembedahan dilakukan di Klinik Istana Diraja di Rabat oleh pasukan perubatan diketuai doktor peribadi baginda, Profesor Belyamani Lahcen.
'Palmeiras kelab bola sepak, bukan bahagian perubatan'
Neymar sedang bergelut dengan tahap kecergasannya selepas perpindahan berprofil tinggi ke kelab Liga Pro Saudi Al Hilal pada musim panas lalu.
Bicara kes cedera, khianat Norjuma bermula April dan Mei tahun hadapan
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Syed Saddiq cedera terlanggar dahan pokok tumbang ketika sertai Ironman Malaysia
Dipercayai kejadian berlaku semasa Syed Saddiq sedang melakukan disiplin berbasikal ketika hujan.
Ada kecederaan pada empat pelajar tahfiz, dipercayai melarikan diri - Polis
Rusdi berkata, tempoh kecederaan itu dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz itu, namun perkara tersebut masih dalam siasatan.
Sembilan petugas perubatan cedera dalam serangan ke atas hospital Lubnan
Sembilan jururawat dan petugas kesihatan cedera pada Jumaat dalam serangan Israel ke atas kawasan hospital di selatan Lubnan.
Ee Wei cedera dalam kemalangan tak diduga di gim ABM
Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei dijangka terlepas aksi Terbuka Artic di Finland dari 8-13 Okt selepas kemalangan tak diduga di gimnasium Akademi Badminton Malaysia (ABM) Selasa lepas.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 41,431, lebih 95,818 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai banyak mangsa dan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bergelimpangan di jalan.
Korban Taufan Shanshan meningkat kepada enam, 125 cedera di Jepun
Angka korban Taufan Shanshan di Jepun meningkat kepada enam dan 125 cedera sementara seorang lagi hilang.
Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang
Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh anggota EMRS dan dihantar ke hospital.