CONAKRY: Presiden Guinea Alpha Conde dipercayai kini dalam tahanan selepas satu video yang menunjukkan beliau ditahan sepasukan askar bersenjata telah tular.
Video itu mula tular selepas insiden tembakan di sekitar istana presiden di ibu negara Conakry.
Video yang tular itu juga mendakwa kumpulan bersenjata berkenaan sedang melakukan kudeta.
Bagaimanapun, Menteri Pertahanan Guinea mempertahankan bahawa cubaan kudeta berjaya digagalkan.
Menerusi video berkenaan, kumpulan yang merampas kuasa menyatakan Presiden Conde tidak dicederakan tetapi enggan memberi sebarang respons.
Kumpulan berkenaan juga mendakwa semua sempadan darat dan udara di negara berkenaan sudah ditutup, sementara kerajaan pula dibubar.
Ini merupakan penggal pemerintah ketiga buat Presiden Conde.
Beliau juga mempertahankan kuasa walaupun Guinea berdepan dengan tunjuk perasaan ganas tahun lalu.
Agensi
Sun Sep 05 2021
Presiden Guinea Alpha Conde dipercayai kini dalam tahanan selepas satu video yang menunjukkan beliau ditahan sepasukan askar bersenjata telah tular. - Foto REUTERS
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Kumpulan bersenjata dakwa Presiden Guinea dalam tahanan, berjaya rampas kuasa
Presiden Guinea Alpha Conde dipercayai kini dalam tahanan selepas satu video yang menunjukkan beliau ditahan sepasukan askar bersenjata telah tular.