awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri

Kumpulan hak asasi dakwa remaja Iran koma selepas serangan polis moral

Bernama
Bernama
04/10/2023
14:49 MYT
Kumpulan hak asasi dakwa remaja Iran koma selepas serangan polis moral
Insiden itu didakwa berpunca daripada pelanggaran kod berpakaian yang ketat. - Gambar fail/Unplash
TEHRAN: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dimasukkan ke hospital selepas insiden di dalam perkhidmatan awam metro Tehran pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Organisasi yang berpangkalan di Norway, Hengaw pada Selasa mendakwa bahawa "polis moral" negara itu telah melakukan "serangan fizikal yang melampau" terhadap Armita Garawand dalam gerabak metro.
Insiden itu didakwa berpunca daripada pelanggaran kod berpakaian yang ketat.
Garawand berada dalam keadaan koma di hospital tentera, menurut Hengaw dalam satu kenyataan.
Menurut media tempatan, gadis itu dibawa ke hospital pada Ahad selepas pengsan di dalam metro.
Media Iran melaporkan gadis itu hilang keseimbangan akibat tekanan darah menurun dan kepalanya terhantuk di dalam kereta api.
Rakan-rakannya kemudian membawanya keluar dari gerabak metro dan menghubungi perkhidmatan kecemasan, menurut laporan rasmi.
Media milik kerajaan mengeluarkan video suntingan pendek dari stesen metro yang memaparkan kejadian itu.
Rakaman itu menunjukkan sekumpulan wanita bertudung memasuki gerabak metro dan membawa seorang gadis yang tidak sedarkan diri keluar beberapa saat kemudian.
Akhbar harian Shargh melaporkan bahawa seorang wartawan telah ditahan ketika dalam perjalanannya ke hospital untuk mendapat maklumat mengenai keadaan kesihatan gadis itu.
Pengguna media sosial menulis bahawa mereka mengimbau kembali kes kematian wanita Iran-Kurdish Jina Mahsa Amini ketika dalam tahanan polis hingga mencetuskan protes terburuk dalam tempoh beberapa dekad pada 2022 di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelajar perempuan 16 tahun
#polis moral
#Armita Garawand
#remaja Iran koma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.