Badan-badan perdagangan Indonesia dan India pada Selasa membidas serangan oleh sesetengah pihak ke atas sawit yang dibuat di atas nama kelestarian.
Lembaga Minyak Sawit Indonesia, Persatuan Pengekstrak Pelarut (SEA) India dan Solidaridad Network dalam satu kenyataan bersama menyatakan kebimbangan mereka terhadap serangan ke atas minyak sawit yang dikaitkan dengan isu-isu kelestarian berbanding dengan minyak boleh dimakan yang lain.
Pengeluar utama minyak sawit dunia, Indonesia dan Malaysia, melahirkan rasa kesal dengan kempen oleh sebahagian anggota Kesatuan Eropah terhadap komoditi itu, yang didakwa kononnya perluasan ladang sawit telah menyebabkan pembasmian hutan dan pembalakan haram.
Tanpa menamakan mana-mana blok, kumpulan perdagangan ini bertekad untuk menangani publisiti negatif yang dibuat bagi mencemarkan imej minyak sawit secara global.
Mereka juga bercadang untuk membangunkan konsep Hari Minyak Sawit Antarabangsa dan meningkatkan perdagangan minyak sawit India-Indonesia.
India amat bergantung kepada import minyak sawit bagi menampung keperluan domestiknya.
Menurut data yang dikeluarkan SEA, pengimport India membeli 497,655 tan minyak sawit mentah dan 241,101 tan RBD sawit olein pada Februari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2019

India amat bergantung kepada import minyak sawit bagi menampung keperluan domestiknya. - Gambar hiasan

Presiden AS | Joe Biden Presiden Amerika Syarikat ke-46
Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-46 di Capitol Hill, Washington DC. Upacara mengangkat sumpah jawatan itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

"Sedia berkhidmat" - kenyataan pertama Kamala Harris di Twitter sebagai Naib Presiden AS
Naib Presiden AS, Kamala Harris mengeluarkan kenyataan pertamanya menerusi akaun Twitter rasmi @VP sebaik selesai mengangkat sumpah.

Joe Biden angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-46
Calon Demokrat, Joe Biden sah ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46 di Capitol Hill, Washington DC, pada Khamis.

Kamala Harris sah diangkat sebagai Naib Presiden AS
Harris, 56, diisytiharkan sebagai Naib Presiden AS yang baharu bergandingan dengan Presiden As Ke-46, Joe Biden.
![[TERKINI] Menjelang Majlis Angkat Sumpah Presiden AS ke-46 [TERKINI] Menjelang Majlis Angkat Sumpah Presiden AS ke-46](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/30236132991611159914047/1886501_31570730741611160548300_640x360.jpg)
[TERKINI] Menjelang Majlis Angkat Sumpah Presiden AS ke-46
Ikuti Nailah Huda untuk perkembangan terkini menjelang angkat sumpah Presiden AS.

Angkat sumpah Biden | Kamala Harris wajar dijadikan 'role model'
Lantikan Kamala harris sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat merupakan satu sejarah yang besar buat negara maju itu. Pengarah Strategi Kumpulan KRA, Amir Fareed Rahim berkata, harris yang merupakan wanita pertama di amerika menyandang jawatan itu, perlu dilihat secara positif selain dijadikan contoh buat negara lain.

Angkat sumpah Harris | Orang kampung Harris kongsi keterujaan
Sebuah desa kecil di India yang dikelilingi oleh sawah-padi berkongsi keterujaan menjelang beberapa jam sebelum Kamala Harris mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat baharu. Keterujaan mereka itu kerana, kampung mereka adalah kampung halaman datuk Kamala.

Presiden AS | Trump tinggalkan White House
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meninggalkan White House, beberapa jam sebelum Joe Biden mengangkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-46. Trump yang turut ditemani isteri meninggalkan kediaman yang diduduki mereka sejak empat tahun lalu dengan menaik Marine One menuju ke lapangan terbang.

Angkat sumpah Biden | Joe Biden perlu tumpu isu perpaduan
Isu perpaduan di Amerika Syarikat antara perkara yang dijangka akan menjadi fokus pentadbiran Joe Biden dan Kamala Harris. Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa, Universiti Malaya, Prof Dr Jatswan Singh berkata, rusuhan yang berlaku di Amerika Syarikat baru-baru ini jelas membuktikan pentadbiran Trump mengakibatkan perpecahan kalangan rakyat Amerika Syarikat.

Thinaah, Tan curi tumpuan di Terbuka Thailand
Pasangan beregu wanita negara M. Thinaah dan Pearly Tan Koong Le, menewaskan pasangan nombor sembilan dunia Chang Ye Na dan Kim Hye Rin pada pusingan pertama kejohanan Toyota Terbuka Thailand.

Kumpulan perdagangan Indonesia, India bidas serangan ke atas minyak sawit
Kumpulan perdagangan ini bertekad untuk menangani publisiti negatif yang dibuat bagi mencemarkan imej minyak sawit secara global.