KUWAIT: Lebih dari 42 juta tayar kenderaan lama dilambakkan di sebuah kawasan padang pasir di Kuwait.
Sejak sekian lama, kawasan pelupusan itu diberi jolokan ‘pusara tayar’ malah dipercayai sebagai yang terbesar di dunia. Namun kini, kerajaan Kuwait mahu memulakan usaha kitar semula.
Tapak pelupusan yang luas itu hanya sejauh 7 kilometer dari kawasan perumahan pinggir bandar. Selama ini, penduduk di situ sangat terjejas apabila sering menghidu asap hitam dari kesan pembakaran tayar-tayar berkenaan.
Bermula bulan ini, Kuwait yang merancang membangunkan 25,000 unit rumah di tapak itu, telah memindahkan kesemua tayar berkenaan ke lokasi baharu iaitu di al-Salmi, yang berdekatan dengan sempadan Arab Saudi.
Di situ, usaha mengitar semula bahan berkenaan dijalankan.
Di sebuah kilang yang dikendali syarikat kitar semula, EPSCO Global General Trading, para pekerjanya memilih dan menghancurkan tayar terpakai berkenaan, seterusnya menjalankan proses pemampatan ke atas partikel getah itu menjadi jubin yang berwarna.
"Kilang ini membantu masyarakat dengan membersihkan tayar-tayar terbuang dan mengembalikannya semula sebagai produk konsumer,” ujar rakan niaga dan Ketua Pengarah Eksekutif EPSCO, Alaa Hassan.
Tambahnya, produk itu juga dieksport ke negara jiran di rantau itu serta Asia.
Kilang EPSCO yang memulakan operasi pada Januari 2021, boleh mengitar semula sehingga 3 juta tayar setahun.
Tayar terbuang merupakan masalah alam sekitar di seluruh dunia berikutan saiz dan jumlahnya yang banyak, serta bahan kimia yang dikandungnya.
Negara Kuwait yang kaya dengan hasil minyak dan anggota OPEC dengan 4.5 juta penduduk itu, mempunyai kira-kira 2.4 juta kenderaan pada tahun 2019.
Data daripada Biro Statistik Pusat menunjukkan, jumlah itu meningkat dari 1.5 juta pada 2010.
Kerajaan kini mengharapkan al-Salmi akan menjadi hab kitar semula tayar, dengan lebih banyak kilang dibangunkan.
Syarikat Al Khair mengendalikan kerja-kerja pemindahan separuh daripada tayar-tayar lama itu ke tapak baharu menggunakan 500 buah lori setiap hari, Menurut Ketua Pengarah Eksekutifnya, Hammoud al-Marri, pihaknya merancang untuk membuka sebuah kilang yang boleh membakar tayar0tayar itu menggunakan proses pyrolysis.
Kaedah pembakaran itu menghasilkan sejenis minyak yang boleh dijual bagi keperluan industri seperti kilang simen, selain menghasilkan sejenis debu karbon yang boleh dimanfaatkan pelbagai industri lain.
Agensi
Wed Sep 08 2021
Seorang kontraktor sedang memeriksa tayar yang dilonggokkan di kawasan kitar semula di al-Salmi, Kuwait. - Reuters
Perak setuju bekal air kepada Pulau Pinang - PM Anwar
Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai.
Operasi LRA Sungai Linggi dihentikan, air berbau minyak
Operasi di Loji Rawatan Air Sungai Linggi Port Dickson terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah susulan terdapat bau minyak yang tinggi.
Tambah ahli Bersatu hadapi PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Bersatu Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
32 lagi rakyat Palestin terbunuh
Sekurang-kurangnya 32 rakyat Palestin terbunuh, manakala 41 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung.
Sahabat sungai guna puisi tingkat kesedaran mengenai kebersihan sungai
Sahabat Sungai Malaysia menggunakan medium puisi untuk meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan sungai.
Inovasi Lemang Cikgu siap dalam tempoh sejam setengah
Pengusaha Lemang Cikgu, perkenal inovasi memasak dengan menggunakan peralatan, yang membolehkan lemang siap dalam tempoh sejam setengan sahaja.
Penunjuk perasaan dihentikan basikal polis Michigan
Penunjuk perasaan di luar Muzium Seni Universiti Michigan ditolak anggota polis menggunakan basikal mereka pada Jumaat malam.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Skuad hoki ais negara tekad buru pingat sulung di Kuwait
Penolong pengurus pasukan kebangsaan Muhd Fadzli Amin Muhd Yusoff optimis sasaran itu mampu dicapai skuad kebangsaan.
Kerajaan Kuwait serah surat letak jawatan
Kerajaan itu meletak jawatan selepas enggan membuat komitmen kewangan dan membantah interpelasi oleh Ahli Parlimen.
Ribut hujan batu landa Kuwait
Penduduk gembira memandangkan Kuwait merupakan salah satu negara yang paling panas di bumi.
Seleweng dana 1MDB: SPRM siasat penglibatan beberapa individu di Kuwait
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menjalankan siasatan berhubung isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap beberapa individu di Kuwait.
Kerajaan Kuwait letak jawatan menjelang usul undi tidak percaya di Parlimen
Perdana Menteri Kuwait, Sabah Al-Khalid Al-Sabah pada Selasa menyerahkan surat peletakan jawatan kerajaannya kepada Putera Mahkota Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, menurut agensi berita KUNA.
Al Hajri Global Group berhasrat jadikan Malaysia lokasi utama pelaburan di Asia Tenggara - PM
Perkara itu dinyatakan dalam kunjungan hormat pengurusan tertinggi syarikat itu, pada Rabu.
Hishammuddin jalani kuarantin, tidak sertai mesyuarat ASEAN-China
Beberapa lawatan susulan ke Mesir, Kuwait dan Qatar turut akan ditangguhkan.
Kibarkan panji negara, jaga keselamatan - Reezal Merican
Pasukan bola sepak kebangsaan diingatkan supaya memberikan aksi terbaik, selain menjaga keselamatan diri pada Kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di UAE bulan hadapan.
Krisis Teluk: Arab Saudi buka semula sempadan dengan Qatar
Negara-negara teluk dipercayai mahu mewujudkan hubungan lebih mesra ketika era Presiden Joe Biden.
Varian baharu COVID-19: Kuwait tutup sempadan, gantung penerbangan antarabangsa
Kuwait menggantung semua penerbangan komersial antarabangsa dan menutup semua sempadan sehingga akhir tahun.