PUTRAJAYA: Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028 yang memberi fokus terhadap keberkesanan usaha pencegahan rasuah, meningkatkan tatakelola dan integriti dalam pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, NACS yang akan menggantikan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 akan dirasmikan peluncurannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 7 Mei ini.
Katanya, peluncuran NACS ini merupakan langkah Kerajaan dalam membangunkan suatu strategi pembanterasan rasuah nasional selari dengan Artikel 5 United Nations Convention Against Corruption (UNCAC), yang menetapkan bahawa semua negara anggota termasuk Malaysia untuk menghasilkan satu dokumen yang menjadi rujukan utama bagi inisiatif-inisiatif antirasuah di peringkat nasional.
"NACP yang berakhir pada 2023 telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor secara tidak langsung yang membantu kejayaan memperbaiki reputasi negara dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun 2019 di mana Malaysia melonjak ke tangga ke-51 berbanding kedudukan ke-61 pada 2018.
"Atas faktor ini, NACS dibangunkan dengan memberi penekanan kepada lima strategi utama iaitu Pendidikan, Kebertanggungjawaban Awam, Suara Rakyat, Penguatkuasaan dan Insentif," katanya.
Majlis ini juga akan dihadiri oleh Timbalan-timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri serta Ketua-ketua Pengarah Persekutuan selain Ketua-ketua Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GLC).
Azam berkata, bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan NACS, satu mekanisme pemantauan yang menyeluruh akan diwujudkan oleh BPGN SPRM di mana Laporan Pemantauan dan Penilaian mengenai NACS akan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri untuk diperakukan sebelum dikemukakan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Parlimen.
Katanya, SPRM menerusi BPGN bersiap sedia sepenuhnya untuk menggalas tanggungjawab menyelaraskan pelbagai rancangan di bawah strategi terkandung dalam NACS.
Beliau berkata, SPRM meletakkan harapan tinggi bagi mendapatkan kerjasama semua pihak dalam menjayakan pelaksanaan NACS bagi tempoh 5 tahun akan datang selaras hasrat untuk mencapai aspirasi nasional iaitu Membangun Malaysia Madani.
Kenyataan Media
Sun May 05 2024
NACS akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 7 Mei ini. - Foto Reuters
[TERKINI] ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia pada jam 1.38 petang di Hospital Seberang Jaya.
DoubleTree by Hilton Malaysia saji menu warisan 'Signature Across the State: A Makan Kitchen Showcase'
DoubleTree by Hilton serata Malaysia berbesar hati mengajak para tetamu untuk turut serta dalam pengembaraan masakan yang unik bersempena dengan kempen yang berlangsung bermula dari 1 hingga 30 Jun.
Nilai pasaran kredit komuniti negara cecah RM24.8 bilion - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah itu meliputi nilai pinjaman serta pajak gadai melibatkan Pemberi Pinjaman Wang (PPW) dan Pemegang Pajak Gadai (PPG).
ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
Ugut bunuh, tumbuk tunang, hos jualan didenda RM4,200
Tertuduh, Megat Amir Muhaimin Megat Azhar, 28, dari Puchong, Selangor membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.
Ahmad Zahid lawat ibu pejabat Huawei di Shenzen
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Hamidi hari ini melawat ibu pejabat Huawei di sini.
Google Play Store kini benarkan penetapan harga jualan aplikasi sehingga RM4,800
Peningkatan ini membolehkan aplikasi dan kandungan yang lebih premium dan berkualiti tinggi ditawarkan, termasuk dengan ciri-ciri yang lebih menyeluruh.
Lawatan Anwar ke Jepun jana potensi pelaburan RM1.45 bilion, eksport RM550 juta
Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi ke Tokyo berjaya meraih potensi pelaburan dan eksport masing-masing bernilai RM1.45 bilion dan RM550 juta daripada tujuh syarikat utama Jepun.
Semak arah kiblat kediaman masing-masing
Peristiwa Istiwa' A'zam bakal berlaku lagi pada 27 atau 28 Mei dan 15 atau 16 Julai ini.
Fatimah alami pendarahan tanpa henti selepas pembedahan, keluarga mohon doa
Pendarahan yang dialaminya berterusan hingga hari kelapan dan keadaan kanak-kanak itu juga dikatakan semakin lemah sejak dua hari lalu.
Perdana Menteri bakal rasmi peluncuran NACS, strategi baharu perangi rasuah
Kerajaan akan melancarkan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategies, NACS) 2024-2028.