Singapura yang melaporkan 1,164 kes COVID-19 yang didiscaj semalam, hari ini mengesahkan 793 lagi kes positif baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes di republik itu mencecah 26,891.
Data awal pada tengah hari tadi menunjukkan hanya satu kes melibatkan rakyat Singapura atau pemastautin tetap sementara selebihnya adalah pemegang permit kerja yang tinggal di asrama pekerja asing.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) berkata ia masih meneliti perincian kes dan akan mengemas kini laporannya kemudian.
Singapura setakat ini mengklasifikasikan 1,326 sebagai kes komuniti, 580 kes dari luar, 434 kes melibatkan pekerja asing yang tinggal di luar asrama dan 23,758 kes pekerja asing yang tinggal di asrama.
Dalam laporan penuh yang dikeluarkan lewat semalam, kementerian itu berkata bilangan kes baharu telah menyusut kepada purata lima kes sehari minggu lepas daripada purata lapan kes sehari pada minggu sebelumnya.
"Bilangan kes yang tidak berkaitan dalam komuniti juga berkurangan, kepada purata dua kes sehari minggu lepas daripada purata tiga kes sehari pada minggu sebelumnya, " katanya.
Pada masa ini, sejumlah 5,973 pesakit telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah didiscaj dari hospital dan fasiliti penjagaan komuniti.
Sementara itu 1,072 kes yang disahkan buat masa ini masih berada di hospital dengan 20 ditempat di unit rawatan rapi dan 21 meninggal dunia.
Kementerian itu berkata 19,032 yang mengalami simptom ringan, atau secara klinikalnya baik tetapi didapati positif COVID-19, diasingkan dan dijaga di fasiliti komuniti.
Rabu lepas, MOH mengenal pasti hanya satu kluster baharu sementara tiada kes baharu dilaporkan di kluster terbesar di republik itu, S11 Dormitory @ Punggol yang kekal dengan 2,562 kes.
Sementara itu, asrama pekerja asing terbesar di Singapura, Sungei Tengah Lodge mencatat 1,614 kes yang disahkan sekarang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 15 2020
Kes baharu telah menyusut kepada purata lima kes sehari minggu lepas daripada purata lapan kes sehari pada minggu sebelumnya. - Gambar fail
Semoga pelaku diberikan petunjuk dan hidayah - Akhyar
Akhyar tidak mahu menyimpan dendam sebaliknya mendoakan agar penyamun yang mencederakannya diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
OIC digesa tumpu noktahkan kemiskinan, pembangunan sosioekonomi saksama - Mohamad
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) perlu beri tumpuan kepada usaha menoktahkan kemiskinan dan pembangunan sosioekonomi demi mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030.
AWANI Ringkas: Media Malaysia tidak bincang isu sensitif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dirogol sejak usia 12 tahun, KPWKM akan nilai kemampuan mangsa uruskan anak - Nancy
KPWKM akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan.
Indeks Kebebasan Media: Tidak wajar guna acuan mana-mana negara - Ahmad Zahid
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) tidak seharusnya menggunakan acuan mana-mana negara sebagai piawaian.
OIC mesti bertindak banteras Islamofobia, hipokrasi Barat - Menteri Luar Negeri
Tindakan parti politik berhaluan kanan, pemimpin agama dan entiti negara-negara Barat yang membakar sentimen Islamofobia merupakan sikap hipokrasi dan dwistandard yang memalukan.
Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di hujung minggu berakhir tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Batang Kali.
Pempengaruh media sosial jual van klasik kesayangan demi bina rumah impian
Seorang pempengaruh media sosial menjual sebuah van klasik, Volkswagen Kombi dengan harga mencecah RM200,000.
Perpaduan negara Islam sedunia selesaikan isu sedunia
Menteri Luar Negeri mengetengahkan pandangan Malaysia berhubung isu berkepentingan umat Islam seperti situasi di Palestin dan Timur Tengah, Islamofobia, golongan minoriti masyarakat Islam dan kerjasama ekonomi.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.