awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS laksana misi gugur bantuan kemanusiaan ke Gaza

Bernama
Bernama
22/03/2024
07:20 MYT
AS laksana misi gugur bantuan kemanusiaan ke Gaza
Pesawat C-17 menggugurkan lebih 50,600 makanan ke utara Gaza. - Gambar/ X @CENTCOM
WASHINGTON: Komando Pusat AS (CENTCOM) telah melaksanakan misi menggugurkan bantuan kemanusiaan ke utara Gaza pada Khamis bagi membantu orang awam yang terjejas akibat konflik antara Israel dan Hamas, lapor Agensi Anadolu.
Menerusi hantaran di X, CENTCOM berkata operasi bersama itu melibatkan dua pesawat Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) C-17 dan Tentera Darat Amerika Syarikat.
Menurut CENTCOM, pesawat C-17 menggugurkan lebih 50,600 makanan ke utara Gaza.
"Semasa misi hari ini, daripada 80 bungkusan yang dihantar, payung terjun pada lima bungkusan bantuan tidak terbuka selepas ia digugurkan dari pesawat.
"Lima bungkusan ini mendarat di kawasan tidak berpenghuni dan tidak menyebabkan kerosakan. Komando Pusat AS terus memantau keadaan," katanya.
CENTCOM berkata penghantaran bantuan menggunakan payung terjun oleh Jabatan Pertahanan (DoD) menyumbang kepada usaha kerajaan AS dan rakan kongsi untuk meringankan penderitaan mangsa konflik.
Sejak 7 Okt lepas, hampir 32,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak telah terbunuh di Gaza manakala hampir 74,200 lagi cedera dalam serangan berterusan Israel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#krisis kebuluran
#kekejaman israel
#bantuan udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan