awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan baharu hubungkan Malaysia-Indonesia belum jadi prioriti - Laporan

Bernama
Bernama
14/09/2022
12:02 MYT
Laluan baharu hubungkan Malaysia-Indonesia belum jadi prioriti - Laporan
Bisnis.com melaporkan inisiatif pembangunan laluan baharu yang dicadangkan Malaysia belum dibincangkan kerajaan Indonesia sehingga kini.
JAKARTA: Kerajaan Indonesia belum memberikan prioriti terhadap laluan baharu menghubungkan negara ini dengan Malaysia melalui Selat Melaka, menurut media tempatan.
Bisnis.com melaporkan inisiatif pembangunan laluan baharu yang dicadangkan Malaysia belum dibincangkan kerajaan Indonesia sehingga kini.
Untuk menjadikannya realiti, jurucakap Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Rakyat Indonesia dipetik sebagai berkata pihaknya harus mengkaji dahulu supaya dapat menjadikannya sebagai asas dasar kerajaan.
"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini saya tidak pernah mendengar kementerian membincangkan isu ini di peringkat kerjasama teknikal dalam rangka hubungan dua hala Indonesia-Malaysia," kata Endra S. Atmawidjaja.
BACA: Laluan baharu hubungkan Malaysia-Indonesia akan dibina di Melaka
Minggu lepas kerajaan negeri Melaka mengumumkan rancangan pembinaan laluan baharu sama ada terowong atau jambatan dari Masjid Tanah, Melaka ke Dumai, Riau sepanjang 120 kilometer.
Menurut Bisnis.com, cadangan pembinaan jambatan pernah dikemukakan kerajaan Wilayah Riau dan Malaysia 10 tahun lalu namun tidak direalisasi kerana bukan keutamaan kerajaan Indonesia.
"Saya belum memikirkannya (jambatan Melaka)," kata Menteri Kerja Raya Indonesia, Djoko Kirmanto sambil menambah 'dalam negara perlu diselesaikan dahulu sebelum yang berkaitan luar negara'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laluan baharu
#Malaysia Indonesia
#Masjid Tanah
#Riau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan