awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan pejalan kaki di Bangkok runtuh, undang kritikan terhadap pihak berkuasa

Agensi
Agensi
17/03/2025
06:50 MYT
Laluan pejalan kaki di Bangkok runtuh, undang kritikan terhadap pihak berkuasa
Laluan pejalan kaki yang telah diubah suai sejak sebulan lalu di jalan Vibhavadi Rangsit di Bangkok runtuh ketika pejalan kaki sedang melaluinya. - Gambar/ FB Phayathai District Office
BANGKOK: Laluan pejalan kaki yang telah diubah suai sejak sebulan lalu di jalan Vibhavadi Rangsit di Bangkok runtuh ketika pejalan kaki sedang melaluinya.
Meskipun tiada kecederaan dilaporkan, insiden ini telah mencetuskan kritikan hebat terhadap pihak berkuasa.
Dalam pada itu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita yang sedang melalui laluan pejalan kaki di daerah Phayathai itu terjatuh ke dalam lubang sejurus blok konkrit runtuh.
Bagaimanapun, kedua-dua pejalan kaki terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Susulan kejadian itu, sebilangan besar warga Bangkok menyuarakan kebimbangan terhadap insiden berkenaan.
Selepas insiden itu tular di media sosial, pegawai dari pejabat daerah Phayathai dilaporkan ke lokasi untuk memeriksa keadaan laluan pejalan kaki tersebut pada Isnin.
Menurut pejabat daerah, lubang berkenaan berukuran 2.5 meter lebar, tiga meter panjang, dan memiliki kedalaman satu meter.
Sementara itu, kawasan itu telah dipagar untuk kerja-kerja pembaikan serta bagi memastikan keselamatan pejalan kaki.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#laluan pejalan kaki
#Vibhavadi Rangsit
#jalan mendap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan