awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan rel Munich ke kaki bukit Alpine terputus

Bernama
Bernama
29/06/2025
15:28 MYT
Laluan rel Munich ke kaki bukit Alpine terputus
Perkhidmatan kereta api antara Stesen Pusat Munich dan Bandar Holzkirchen, tempat beberapa laluan cawangan wilayah bertemu, kini tergendala. - Gambar hiasan
MUNICH: Beberapa kegagalan sistem penukaran landasan kini menyukarkan perjalanan antara Bandar Munich di selatan Jerman dengan kawasan kaki bukit Alpine bagi pelancong, pengunjung harian dan penumpang ulang-alik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Laman sesawang Kereta Api Wilayah Bavaria (BRB) melaporkan pada Ahad bahawa perkhidmatan kereta api antara Stesen Pusat Munich dan Bandar Holzkirchen, tempat beberapa laluan cawangan wilayah bertemu, kini tergendala.
Gangguan ini dijangka berterusan sehingga akhir Julai.
Masalah bermula pada petang Jumaat, menyebabkan kelewatan teruk pada rangkaian BRB Oberland dan Chiemgau-Inntaland serta laluan tren pinggir bandar S3.
Kereta api wilayah dari kawasan lebih selatan seperti Tegernsee, Lenggries, Bayrischzell dan Rosenheim kini hanya beroperasi hingga Holzkirchen sebelum berpatah balik.
Pengendali rel Jerman, Deutsche Bahn (DB), telah menyediakan perkhidmatan pengganti menggunakan bas dan teksi besar antara Daerah Giesing di Munich dan Holzkirchen.
Norbert Moy daripada persatuan penumpang Pro Bahn menyifatkan masalah ini sebagai "satu bencana".
Beliau berkata seluruh kawasan bergantung kepada laluan terjejas ini, terutamanya pada musim puncak destinasi terbabit, apabila tren biasanya "penuh sesak".
Perkhidmatan ini tidak dapat digantikan dalam tempoh singkat, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Laluan Rel
#laluan terputus
#Munich
#Alpine
#Gangguan Perkhidmatan
#kegagalan sistem
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan