SOKONGAN dari golongan penganut agama Kristian untuk parti Republikan secara am dan pada Donald Trump secara khusus selalunya dikira sebagai satu kepastian.
Namun, pelbagai kontroversi yang menghantui pentadbiran Donald Trump sejak kemenangan Parti Repulikan pada 2016 menyebabkan ada dalam kalangan penyokong tegarnya yang menyuarakan rasa kurang selesa dengan sokongan tanpa persoalan ini.
Bantahan ini datangnya daripada pihak yang mungkin kurang disangka – apa tidaknya, apabila golongan Kristian evangelical (satu cabang Kristian gereja Protestan) yang kini terang-terang bersuara dengan nada sumbang.
Seminggu sebelum cuti Krismas, pengarang majalah Christianity Today Mark Galli menyuarakan sokongan terhadap usaha Kongres mengenakan tindakan mendakwa Donald Trump melalui satu paparan lidah pengarang.
Sehari sebelum Krismas, giliran Timothy Dalrymple – Presiden majalah yang sama – pula menerbitkan kritikan keras terhadap Donald Trump.
Trump disifatkan sebagai tidak bermoral, tamak, korup, memecah belah dan menggalakkan tindakan perkauman.
Dalrymple menyarankan agar kalangan pengikut tegar Kristian evangelical, kaji semula sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Trump.
Majalah Christianity Today diasaskan tokoh Kristian Gereja evangelical terkenal Billy Graham pada tahun 1956.
Terkenal sebagai pendakwah yang menyebar agama Kristian melalui gerakan evangelical, Graham meninggal dunia pada Februari 2018 pada umur 99 tahun.
Golongan Kristian evangelical amat berpengaruh – mereka terdiri dari 20 peratus pengundi Amerika. Pada tahun 2018, lebih 80 peratus kalangan Kristian evangelical mengundi Donald Trump.
Sementara itu, Galli memberitahu saluran MSNBC bahawa tindakan menjarakkan majalah Christianity Today dari gerakan menyokong Donald Trump secara 'membuta tuli' menyebabkan kehilangan beberapa orang pembaca. Namun, ini dikira tidak membimbangkan kerana majalah itu berjaya menarik lebih tiga kali ganda jumlah langganan yang hilang ekoran kontroversi 'tarik sokongan kepada Donald Trump' ini.
Christianity Today turut mengutuk parti Demokrat yang disifatkan memang sejak 2016 lagi memasang niat untuk menjatuhkan Donald Trump.
Razak Chik
Thu Dec 26 2019
Trump disifatkan sebagai tidak bermoral, tamak, korup, memecah belah dan menggalakkan tindakan perkauman. - Reuters
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Langgar perlembagaan, tidak bermoral, tarik sokongan, pecat Trump! - Christianity Today
Majalah berpengaruh 'Christianity Today' saran agar Trump tidak disokong cara membuta tuli dan kini layak dipecat.