awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang Changi ambil robot sebagai 'tukang cuci'

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
11/08/2017
00:55 MYT
Lapangan Terbang Changi ambil robot sebagai 'tukang cuci'
Lapangan Terbang Antarabangsa, Changi memperkenalkan empat robot sebagai petugas pembersih, lapor Chanel News Asia.
Lapangan Terbang Antarabangsa, Changi di Singapura memperkenalkan empat robot sebagai petugas pembersih, lapor Chanel News Asia.
Changi Airport Group (CAG) melancarkan empat robot itu yang memberi fokus kepada mengekalkan kebersihan terminal baharu mereka, Terminal 4.
Robot yang berkelihatan seperti kartun itu dianggarkan berharga kira-kira $80,000 (RM251 ribu) setiap satu, dan boleh meliputi ruang lantai lebih 1,600 meter persegi setiap jam.
Robot itu diprogramkan untuk melakukan kerja-kerja buruh seperti membersihkan lantai terminal dan melakukan cucian di kawasan yang kotor.
"Ia sungguh meletihkan untuk membersihkan kawasan yang luas ini, penggunaan robot ini menjadikan hidup kami lebih senang,” kata petugas pembersih lapangan terbang, Tan Tiong Wah,69.
Selain itu, robot tersebut turut digunakan untuk membersihkan tempat letak kereta dan tandas di lapangan terbang itu.
Difahamkan, CAG merancang untuk menambah enam lagi robot mencuci pada tahun 2018.
Menurut CAG, penggunaan robot ini akan mengurangkan tenaga kerja sebanyak kira-kira 20 peratus secara keseluruhan dan akan memberi peluang pekerja mereka untuk lebih mahir.
Topic Berkaitan
#Asia
#Changi Airport
#petugas pembersih
#robot
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan