awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan terbang di Sirte, Libya dibuka semula selepas 12 tahun ditutup

Bernama
Bernama
26/10/2025
02:45 MYT
Lapangan terbang di Sirte, Libya dibuka semula selepas 12 tahun ditutup
Lapangan Terbang Antarabangsa Gulf of Sirte meliputi kawasan seluas kira-kira 25 kilometer persegi dan direka untuk menampung sehingga 500,000 penumpang setahun. - Foto X The Libya Update
TRIPOLI: Lapangan Terbang Antarabangsa Gulf of Sirte, yang terletak di bandar pesisir pantai Sirte, Libya, dibuka semula pada Sabtu selepas 12 tahun ditutup dengan ketibaan tiga pesawat penumpang, lapor Xinhua yang memetik laporan Agensi Berita Libya.
Dua daripada pesawat itu berlepas dari Tripoli di barat dan dikendalikan oleh MedSky Airlines serta Buraq Airlines, manakala satu lagi dari Benghazi di timur yang dikendalikan oleh Berniq Airlines, menurut laporan itu.
Lapangan terbang tersebut meliputi kawasan seluas kira-kira 25 kilometer persegi dan direka untuk menampung sehingga 500,000 penumpang setahun.
Libya kekal terbahagi sejak kebangkitan yang disokong NATO pada 2011 yang menumbangkan bekas pemimpin Muammar Gaddafi, dengan negara itu kini dibahagikan antara Kerajaan Perpaduan Nasional yang diiktiraf PBB di Tripoli dan pentadbiran berpangkalan di timur yang disokong oleh Tentera Nasional Libya pimpinan Komander Khalifa Haftar.
Lapangan terbang itu tidak beroperasi sejak 2013 akibat kerosakan berterusan yang dialami semasa kebangkitan 2011 dan pertempuran berikutnya.
Menurut laporan PBB, Sirte terletak di tengah-tengah antara Tripoli dan Benghazi, berhampiran dengan medan pengeluaran minyak utama dan pelabuhan eksport, dan merupakan tempat kelahiran Gaddafi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Libya
#Lapangan Terbang Antarabangsa Gulf of Sirte
#dibuka semula selepas 12 tahun
#Sirte
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan