Skip to main content

Dunia

Tujuh maut dalam nahas helikopter di utara Kenya

Sebuah helikopter yang membawa penumpang yang jumlahnya belum disahkan terhempas di Gunung Ololokwe di Kaunti Samburu, utara Kenya pada Rabu, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Kenya (KCAA). - Foto REUTERS/Kenya Red Cross

Advertisement

NAIROBI: Pihak berkuasa Kenya mengesahkan tujuh individu, termasuk enam pelancong dan seorang juruterbang, terkorban pada Rabu apabila sebuah helikopter terhempas di Gunung Ololokwe di Kaunti Samburu, utara Kenya tanpa ada mangsa yang terselamat, lapor Xinhua.

Menurut polis, kejadian kira-kira 9.13 pagi waktu tempatan itu melibatkan helikopter Eurocopter EC130 B4 dengan pendaftaran 5Y-GYM.

“Kesemua penumpang terkorban akibat nahas itu,” menurut polis.

Polis memaklumkan pesawat ringan yang dikendalikan syarikat penerbangan carter Lady Lori itu dalam penerbangan dari Soyian di Laikipia menuju ke Loisaba Conservancy di tengah Kenya apabila ia terhempas.

Punca nahas masih belum dikenal pasti dan pihak berkuasa penerbangan tempatan telah memulakan siasatan berhubung kejadian itu.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement