awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan terbang di UK ketat pemeriksaan keselamatan susulan bekas tentera lari dari penjara

Bernama
Bernama
07/09/2023
13:03 MYT
Lapangan terbang di UK ketat pemeriksaan keselamatan susulan bekas tentera lari dari penjara
Langkah keselamatan tambahan dilaksanakan di beberapa lapangan terbang utama di London pada Khamis, ketika polis memburu seorang bekas tentera yang melarikan diri selepas disyaki terbabit dengan keganasan. - Gambar hiasan/FB Heathrow Airport
MOSCOW: Langkah keselamatan tambahan dilaksanakan di beberapa lapangan terbang utama di London pada Khamis, ketika polis memburu seorang bekas tentera yang melarikan diri selepas disyaki terbabit dengan keganasan, lapor Sputnik.
Polis Metropolitan meminta orang ramai memberikan maklumat untuk membantu mengesan Daniel Abed Khalife, 21, yang sedang menunggu perbicaraan di Penjara Wandsworth London atas tuduhan keganasan dan pelanggaran Akta Rahsia Rasmi.
Dia dipercayai melarikan diri pada Rabu dan masih bebas.
Pihak berkuasa Lapangan Terbang Heathrow berkata hab udara itu beroperasi seperti biasa tetapi meminta penumpang untuk tidak tiba awal kerana berlaku kesesakan dan menyemak status penerbangan sebelum ke lapangan terbang.
"Disebabkan pemeriksaan keselamatan tambahan sedang dijalankan, masa menunggu penumpang yang berlepas mungkin lebih lama berbanding biasa," kata pihak berkuasa lapangan terbang.
Jurucakap Lapangan Terbang Gatwick berkata: "Langkah keselamatan tambahan sedang dilaksanakan di London Gatwick dan lapangan terbang serta pelabuhan UK yang lain".
Pengembara yang berlepas dari Lapangan Terbang Manchester mengadu di media sosial kerana terpaksa beratur panjang untuk melepasi pemeriksaan keselamatan.
Jurucakap lapangan terbang itu berkata pasukan keselamatan bekerja keras untuk memastikan keselamatan semua orang dan menjalankan pemeriksaan penting yang ditetapkan oleh kerajaan UK.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lapangan terbang
#London
#United Kingdom
#bekas tentera lari dari penjara
#Daniel Abed Khalife
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan