Skip to main content

Dunia

Lapangan Terbang Hanover gantung operasi penerbangan susulan penemuan dron

FILE PHOTO: A police officer in protective clothing walks next to an explosive-disarming robot (EOD) at Leipzig/Halle Airport in Schkeuditz, Germany, August 5, 2026, after the police said explosives experts examined a drone found near a runway, and after a DHL cargo aircraft hit an unknown object as it was climbing away from the airport overnight, prompting an unscheduled landing in Hanover, according to a source familiar with the incident. REUTERS/Axel Schmidt/File Photo
Seorang pegawai polis yang memakai pakaian perlindungan berjalan berhampiran robot pelupusan bahan letupan (EOD) di Lapangan Terbang Leipzig/Halle, Schkeuditz, Jerman. - Foto REUTERS
Advertisement

HANOVER: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Hanover, Jerman digantung selama lebih sejam pada awal pagi Selasa selepas sebuah dron dikesan di kawasan lapangan terbang itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Landasan ditutup antara kira-kira 4 pagi (0200 GMT) hingga 5.20 pagi, menurut jurucakap lapangan terbang kepada dpa.

Enam penerbangan penumpang mengalami kelewatan, manakala sebuah pesawat kargo dari Paris terpaksa dilencongkan. Jurucakap itu berkata operasi penerbangan kembali beroperasi seperti biasa sejak pagi.

Polis Persekutuan memaklumkan polis jenayah di Hanover sedang menyiasat insiden itu dan enggan mengulas lanjut berikutan siasatan yang masih dijalankan.

Insiden itu berlaku hanya beberapa hari selepas sebuah dron yang sarat dengan bahan letupan dikesan di Lapangan Terbang Leipzig/Halle di timur Jerman minggu lepas.

Menurut sumber keselamatan, dron itu ditemui pada lewat Selasa berhampiran sebuah pesawat kargo Antonov An-124 milik Ukraine. Pakar daripada Polis Persekutuan Jerman kemudian berjaya menyahaktifkan bahan letupan pada dron berkenaan.

Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada kedua-dua insiden itu mempunyai kaitan.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement