awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan terbang Jerman sediakan pondok doa untuk penumpang bawa bertenang

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
07/05/2017
06:20 MYT
Lapangan terbang Jerman sediakan pondok doa untuk penumpang bawa bertenang
Dalam usaha untuk menenangkan kerisauan penumpang, salah sebuah lapangan terbang di Jerman telah menyediakan pondok doa dalam 65 bahasa. - Foto AP
DALAM usaha untuk menenangkan perasaan kerisauan penumpang, salah sebuah lapangan terbang di Jerman mengambil inisiatif menyediakan pondok doa.
Pondok kubikel merah yang dipasang di Terminal 3 Lapangan Terbang Stuttgard itu menyediakan 300 doa pelbagai agama dalam 65 bahasa yang berbeza, kata jurucakap lapangan terbang, Johannes Schumm semalam seperti dipetik dari media antarabangsa.
Penumpang boleh menggunakan skrin sentuh untuk memilih doa pilihan mereka, dan tiada bayaran yang akan dikenakan.
pray booth
pray booth
Kredit gambar: AP
Bilik yang direka oleh seorang pereka dari Berlin itu turut mempunyai kerusi berpusing di dalam dan ditutupi dengan tirai berwarna kelabu untuk tujuan privasi pengguna.
“Selalunya, penumpang akan mempunyai sedikit masa sebelum menaiki pesawat.
“Kawasan berdoa ini adalah tawaran oleh pihak lapangan terbang untuk menenangkan diri penumpang,” kata Schumm.
Selain agama monoteisme, agama politeisme dan kepercayaan animisme juga disediakan.
Topic Berkaitan
#Jerman
#Lapangan Terbang Stuttgard
#pesawat
#pondok doa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan