awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan terbang Kabul jadi sasaran serangan roket

Bernama
Bernama
30/08/2021
07:57 MYT
Lapangan terbang Kabul jadi sasaran serangan roket
Pada Khamis, sekurang-kurangnya 170 warga Afghanistan dan 13 tentera AS terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam insiden letupan di pintu masuk sebelah timur lapangan terbang. - Bernama
KABUL: Lapangan terbang Kabul pada Isnin menjadi sasaran serangan roket, ketika pasukan tentera pimpinan Amerika Syarikat (AS) sedang dalam proses berundur dari Afghanistan, kata saksi.
"Lima roket yang dipasang pada sebuah kereta itu dibedil dari Khair Khana Minia, tetapi dapat dipintas sistem peluru berpandu AS," kata saksi Sayyad Mohammad kepada Xinhua.
Belum ada laporan mengenai korban.
Laporan media memetik kenyataan Rumah Putih, Presiden Joe Biden sudah diberikan taklimat mengenai serangan roket itu, dan bahawa operasi di lapangan terbang Kabul masih diteruskan.
Taliban belum mengesahkan kejadian itu setakat ini.
Penerbangan membawa keluar tentera AS kini di fasa akhir dan dijangka selesai pada Selasa.
Pada Khamis, sekurang-kurangnya 170 warga Afghanistan dan 13 tentera AS terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam insiden letupan di pintu masuk sebelah timur lapangan terbang, ketika orang ramai menunggu untuk dipindahkan.
ISIS-K, sekutu Daesh di Afghanistan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Pada Ahad, sekurang-kurangnya enam orang awam dan seorang yang disyaki militan ISIS-K terbunuh dalam serangan dron AS di sebuah kawasan di sebelah barat lapangan terbang.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#Kabul
#lapangan terbang
#roket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan