UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera

Kumpulan NGO dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.

Astro Awani
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.

Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran

Fri Apr 26 2024

Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.

Perkembangan terbaharu itu dikongsikan Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright menerusi taklimat bersama semua delegasi terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.

BERITA PENUH DI SINI

Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan

Fri Apr 26 2024

Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.

Gesaan dibuat menerusi satu kenyataan bersama yang menyebut misi melibatkan tiga kapal ini memiliki hak untuk melalui perairan antarabangsa dan Israel tidak boleh campur tangan dalam misi tersebut.

BERITA PENUH DI SINI

NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera

Fri Apr 26 2024

Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.

Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, gabungan ini menyeru Kerajaan Malaysia bagi menyokong kerajaan Republik Guinea-Bissau untuk memberi kebenaran menggunakan benderanya untuk kapal Akdeniz (Mediterranean) yang didaftarkan di negara itu.

BERITA PENUH DI SINI

Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki

Fri Apr 26 2024

Amerika Syarikat (AS) yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.

Menurut Ann Wright yang merupakan Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC) berkata, tekanan antara lain terkait dengan peranan Washington yang selama ini memberikan pinjaman dengan kadar faedah yang berpatutan kepada Ankara dalam urusan pembelian senjata ketenteraan negara ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

AS terus beri tekanan kepada Turki

Fri Apr 26 2024

Amerika Syarikat (AS) yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.

Menurut Ann Wright yang merupakan Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC) berkata, tekanan antara lain terkait dengan peranan Washington yang selama ini memberikan pinjaman dengan kadar faedah yang berpatutan kepada Ankara dalam urusan pembelian senjata ketenteraan negara ini.


BERITA PENUH DI SINI

'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'

Fri Apr 26 2024

"Israel perlu ingat, tiada istilah berputus asa dalam kamus kami!".

Demikian tegas Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Dr Fauziah Hasan, susulan tekanan demi tekanan yang dicetuskan Israel bagi melengahkan pelancaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.

BERITA PENUH DI SINI

Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa

Fri Apr 26 2024

Proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.

Demikian kata Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Mohd Afandi Salleh.

BERITA PENUH DI SINI

Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC

Fri Apr 26 2024

Penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.

Menurut Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.

BERITA PENUH DI SINI

Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC

Thu Apr 25 2024

Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Freedom Flotilla Coalition (FFC) dalam kenyataannya mengumumkan, penangguhan ini berlaku disebabkan tercetus kekacauan daripada rejim Israel yang terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.

BERITA PENUH DI SINI

Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi

Thu Apr 25 2024

Tindakan Kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.

Menurut Mandla Mandela, walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global untuk bersama-sama mengutuk keganasan yang terus menerus dilakukan Israel terhadap warga Palestin.

BERITA PENUH DI SINI.

Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC

Thu Apr 25 2024

Freedom Flotilla Coaltion (FFC) mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan pada Jumaat ini, dapat disempurnakan.

Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Zohar Chamberlain-Regev, ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru yang diperlukan untuk suatu operasi atau aktiviti tertentu seperti mengendalikan kapal dan pesawat.

BERITA PENUH DI SINI.

Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan

Wed Apr 24 2024

Cucu kepada mantan Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran pada Jumaat.

Mandla Mandela yang juga merupakan Ahli Parlimen African National Congress (ANC) sejak 2009 berkata, penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza dapat direalisasikan.

BERITA PENUH DI SINI.

Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf

Wed Apr 24 2024

Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel bagi menghantar bantuan terus masuk ke Gaza.

Menurut Peguam Hak Asasi Manusia yang juga merupakan warga Palestin-Amerika Syarikat, Huwaida Arraf, misi ini akan melalui perairan antarabangsa bagi sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.


BERITA PENUH DI SINI.

"Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina

Wed Apr 24 2024

“Saya rasa ini satu panggilan yang ditentukan oleh Allah.”

Demikian kata Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika (AWETA), Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla.


BERITA PENUH DI SINI.

Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat

Tue Apr 23 2024

Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).

Menurut Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright, ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

BERITA PENUH DI SINI

Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal terpaksa ditukar - FFC

Tue Apr 23 2024

Terdapat kemungkinan pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla terpaksa ditukar.

Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar bagaimanapun menjelaskan, kebenaran untuk keluar dari pelabuhan di Turki masih tetap diperlukan.


BERITA PENUH DI SINI

Gaza Freedom Flotilla: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi

Tue Apr 23 2024

Kerajaan Turki dilaporkan terus dilobi beberapa negara kuasa besar bagi membatalkan misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual berlepas pada 24 April 2024 (Rabu).

Ia sekali gus memberi indikasi bahawa desakan kuat negara kuasa besar terlibat kepada kerajaan pimpinan Recep Tayyip Erdogan untuk membatalkan keseluruhan misi penghantaran bantuan ke Gaza.


BERITA PENUH DI SINI

Kepentingan latihan tanpa kekerasan

Mon Apr 22 2024

#video : Lisa, one of our non-violent direct action trainers, has been training Flotilla participants: “There’s no room for violence in these missions & in trying to build the world that we want”. #BreakTheSiege #nonviolence #FreePalestine #ffc #EndTheBlockade #AllEyesOnDeck pic.twitter.com/Bri1vZfI3V

— Freedom Flotilla Coalition (@GazaFFlotilla) April 22, 2024

Gaza Freedom Flotilla: Setiap peserta akan diwakili peguam dilantik FFC

Mon Apr 22 2024

Setiap peserta yang terlibat dalam misi pelayaran Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan diwakili peguam yang dilantik Freedom Flotilla Coalition (FFC).

Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Dr Fauziah Hasan, ia sebagai persediaan bagi membantu setiap peserta sekiranya mereka ditahan tentera rejim dan dipenjarakan.


BERITA PENUH DI SINI

Gaza Freedom Flotilla: Keselamatan peserta misi diberi keutamaan - FFC

Mon Apr 22 2024

Freedom Flotilla Coalition (FFC) beri jaminan bahawa keselamatan setiap peserta yang terlibat dalam misi pelayaran Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan diberi keutamaan sepanjang misi berlangsung.

Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Dr Fauziah Hasan, mereka sudah dibawa melihat bahagian utama kapal dan taklimat mengenai keselamatan peserta terlibat juga diberikan.


BERITA PENUH DI SINI

Delegasi Malaysia hadir taklimat ringkas MyCARE

Mon Apr 22 2024
Delegasi Malaysia hadir taklimat ringkas MyCARE

Warga global bersatu di Turkiye, terus bersolidariti demi Palestin

Sun Apr 21 2024

Warga Turkiye terus bersemangat bersolidariti dalam menzahirkan rasa simpati kepada warga Gaza di Palestin yang terus berdepan kekejaman dan kezaliman rejim Israel.

Menerusi perarakan Don’t Forget Gaza, ribuan warga Turkiye bersama masyarakat daripada pelbagai negara memulakan perarakan dari Beyazit Square menuju ke lokasi ikonik, Masjid Hagia Sofia.

BERITA PENUH DI SINI

Suasana perarakan solidariti buat Palestin di Istanbul

Sun Apr 21 2024

We march for freedom of Palestine and to break the siege in Gaza.https://t.co/IBi6QIeGfy

— IHH Humanitarian Relief Foundation (@IHHen) April 21, 2024

"Kami akan berdiri teguh demi penduduk Gaza dan hentikan genosid ini!"

Sun Apr 21 2024

"We will stand up for the people of Gaza and stop this genocide!"

Ann Wright | Freedom Flotilla pic.twitter.com/AY83gparH5

— IHH Humanitarian Relief Foundation (@IHHen) April 21, 2024

Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki

Sun Apr 21 2024

Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Duta Besar Malaysia ke Turki, Sazali Mustafa Kamal, perkara ini jelas berdasarkan interaksi berterusan Perdana Menteri mengenai isu tersebut bersama beberapa pemimpin utama dunia.


BERITA PENUH DI SINI.

Pemimpin dunia diminta tampil beri sokongan

Sat Apr 20 2024

Pemimpin dunia diminta tampil menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla.

Menurut  Ann Wright, sokongan dan kerjasama pemimpin dunia penting dalam memastikan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk Gaza dapat dihentikan segera.

BERITA PENUH DI SINI

Peserta sedia berdepan misi pelayaran

Sat Apr 20 2024

Para peserta melibatkan delegasi 30 negara kini sudah bersedia sepenuhnya untuk memulakan misi pelayaran Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla.

Antara yang terlibat, Carlos Michaud dari Amerika Syarikat yang berkata, sesi latihan tanpa kekerasan yang dikendalikan FFC memberi bayangan awal kepada mereka sebelum berdepan situasi sebenar.

BERITA PENUH DI SINI

Latihan antikekerasan prosedur wajib sebelum misi pelayaran bermula

Sat Apr 20 2024

Delegasi Malaysia akan menjalani latihan antikekerasan hari ini, sebagai salah satu prosedur wajib sebelum memulakan misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla.

Beberapa delegasi negara lain juga turut serta antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.


BERITA PENUH DI SINI

'Kami hanya mahu hantar bantuan kemanusiaan ke Gaza'

Fri Apr 19 2024

“We are humanitarian activists, we just want to deliver the humanitarian aid to Gaza”

“We will rehabilitate Indonesia hospital which is in the north of Gaza. We want to go Gaza and built an hospital for mothers and children. Provide health center for people of Gaza.”

?️… pic.twitter.com/VW8qhO16c6

— IHH Humanitarian Relief Foundation (@IHHen) April 19, 2024

Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC

Fri Apr 19 2024

Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat dalam tempoh beberapa hari mendatang.

Perkara itu ditegaskan Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright.

BERITA PENUH DI SINI.

Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini

Fri Apr 19 2024

Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.

Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.


BERITA PENUH DI SINI

Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula - FFC

Fri Apr 19 2024

Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu dicetuskan Israel terhadap Iran.

Demikian kata jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright pada sidang media Freedom Flotilla Sails Again, di sini, pada Jumaat.


BERITA PENUH DI SINI

Adakah Freedom Flotilla ke Gaza bakal terjejas?

Fri Apr 19 2024

5,000 tan bantuan kemanusiaan menuju ke Gaza

Fri Apr 19 2024

Take a look around one of the #FreedomFlotilla ships sailing to Gaza with 5,000 tons of humanitarian aid & hundreds of participants. Governments must ensure safe passage & end Israel's deliberate starvation of Palestinians. #breakthesiege https://t.co/d4M6HJ0qTc #AllEyesOnDeck pic.twitter.com/iwgVbXGrtm

— Freedom Flotilla Coalition (@GazaFFlotilla) April 18, 2024

Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini

Thu Apr 18 2024

Delegasi Malaysia dijadual menghadiri latihan tanpa kekerasan (non violence training) pada Sabtu ini.

Turut bersama-sama Malaysia menyertai sesi latihan berkenaan ialah beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.

BERITA PENUH DI SINI.

Delegasi Malaysia sertai 'non-violence training'

Thu Apr 18 2024

Giliran bagi delegasi Malaysia ke non violence training dijadualkan pada Sabtu waktu tempatan.

Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland. #GazaKamiDatang @501Awani pic.twitter.com/lfqtxdh86k

— SyaffShukriAWANI (@SyaffShukri) April 18, 2024

Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Turki

Thu Apr 18 2024

Alhamdullillah selamat tiba di Istanbul, Turki.

Thu Apr 18 2024

Alhamdullillah selamat tiba di Istanbul, Turki. #GazaKamiDatang

Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul https://t.co/I4XJKFKaP7

— SyaffShukriAWANI (@SyaffShukri) April 18, 2024

Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul

Thu Apr 18 2024

Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turki pada 2.47 petang Khamis (waktu tempatan).

Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan Freedom Flotilla Coalition (FFC) sebagai syarat utama sebelum menyertai misi menghantar bantuan ke Gaza.

BERITA PENUH DI SINI.

Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla

Thu Apr 18 2024

Nantikan laporan Wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri dan jurukamera, Ab Uzza Latif yang menyertai misi kemanusiaan Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla.

Dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ini, sebanyak tiga buah kapal termasuk sebuah kapal kargo 5,000 tan… pic.twitter.com/BHGPqi8iWT

— Astro AWANI (@501Awani) April 18, 2024

Syaff Shukri dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff berlepas ke Istanbul

Thu Apr 18 2024

Saya dan jurukamera Ab Uzza Ab Latiff akan berlepas ke Istanbul dalam misi Flotilla ke Gaza. Saya akan membawakan laporan dari masa ke semasa sepanjang misi berlangsung dan akan segalanya akan dikongsikan di saluran @501Awani & semua platform media sosial kami. #GazaKamiDatang pic.twitter.com/PFgDHgl475

— SyaffShukriAWANI (@SyaffShukri) April 18, 2024

#Gaza Freedom Flotilla#Gaza#Israel#Ann Wright
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.