awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga global bersatu di Turkiye, terus bersolidariti demi Palestin

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
21/04/2024
13:50 MYT
Warga global bersatu di Turkiye, terus bersolidariti demi Palestin
(Dari kiri) Sarah Chibani, Mohammad NulHakim dan Sarah Abdillah bersama masyarakat daripada pelbagai negara menunjukkan solidariti ke atas nasib rakyat Palestin. - Astro AWANI
ISTANBUL: Warga Turkiye terus bersemangat bersolidariti dalam menzahirkan rasa simpati kepada warga Gaza di Palestin yang terus berdepan kekejaman dan kezaliman rejim Israel.
Menerusi perarakan Don’t Forget Gaza, ribuan warga Turkiye bersama masyarakat daripada pelbagai negara memulakan perarakan dari Beyazit Square menuju ke lokasi ikonik, Masjid Hagia Sofia.
Antara yang turut serta termasuk delegasi dari Malaysia yang menyertai misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla.
Menurut seorang rakyat Malaysia, Mohammad NulHakim yang turut serta dalam perhimpunan itu, dia teruja melihat semangat kebersamaan yang ditunjukkan rakyat Turkiye dalam perarakan solidariti berkenaan.
“Saya selalu melihat perhimpunan besar sebegini di media sosial yang memaparkan semangat masyarakat seluruh dunia yang bersatu untuk Palestin.
“Ini kali pertama saya menyertai perarakan ini di luar negara dan saya berharap agar semangat ini akan kekal konsisten dilaksanakan di seluruh dunia bagi memastikan nasib masyarakat Gaza di Palestin terus terbela buat selamanya,” katanya.
Bagi Sarah Chibani dari Algeria, dia menyertai acara ini bagi menzahirkan rasa cinta dan simpatinya terhadap kekejaman yang didepani warga Palestin setiap hari atas kerakusan rejim Zionis.
“Saya berada di sini semata-mata untuk memberitahu kepada komuniti dunia betapa pentingnya untuk kita semua terus membela nasib warga Palestin.
“Kekejaman yang dilakukan rejim ini sudah melampaui batas kemanusiaan dan nyata tidak boleh diterima sama sekali.
“Kita perlu bersatu menyatakan ketidakpuasan hati kita demi masyarakat kesejahteraan warga Palestin,” katanya.
Sementara itu, Sarah Abdillah dari Lubnan pula memohon agar dunia terus memboikot Israel dan pimpinan utamanya, Benjamin Netanyahu.
Tambahnya, tindakan kejam rejim Zionis yang berterusan pasti akan memberi impak besar kepada kerajaan pimpinan Netanyahu pada masa akan datang kerana masyarakat dunia kini terus bersatu menyokong pewujudan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
“Netanyahu, masa anda telah tiba, anda di ambang kekalahan.
“Penduduk global kini jelas memahami kekejaman yang anda lakukan, saya akan terus mendoakan kesejahteraan bagi warga Palestin,” ujarnya.
Angka kematian terkini rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa sejak 7 Oktober tahun lalu.
Topic Berkaitan
#solidariti
#Palestin
#Istanbul
#Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan