ISTANBUL: Pemimpin dunia diminta tampil menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla.
Menurut Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Ann Wright, sokongan dan kerjasama pemimpin dunia penting dalam memastikan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza dapat dihentikan segera.
Malah katanya dengan penyatuan kesemua pemimpin dunia, ia dilihat mampu mendesak kepada satu usaha jitu dalam menjayakan gencatan senjata yang berkekalan bagi membolehkan segala keperluan penyaluran bantuan ke Gaza dapat direncanakan sebaiknya.
“Saya menyeru kepada pemimpin seluruh dunia untuk sama-sama tampil dan membantu dalam usaha menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, membantu mereka yang memerlukan di sana seterusnya menyokong misi yang kami jayakan ini.
“Satu usaha menjayakan gencatan senjata mesti direncanakan dan hanya dengan penyatuan pemimpin dunia akan mampu menoktahkan kekejaman berterusan ini.
“Apa sahaja usaha perlu dilakukan termasuk melakukan sekatan ekonomi kepada pihak rejim, mengasingkan mereka (Israel) dalam jua bentuk diplomatik serta melakukan apa sahaja yang boleh untuk menghentikan kezaliman ini,” katanya.
Wright yang juga merupakan warga Amerika Syarikat (AS) pada masa sama turut mengutuk keras tindakan pimpinan negaranya yang terus menerus menjadi rakan sekutu Israel selain terus ‘menghalalkan’ segala bentuk kekejaman dan kezaliman yang dilakukan rejim Zionis di Gaza.
“Saya sebagai rakyat Amerika Syarikat merasakan apa yang dilakukan oleh pimpinan negara kami sebagai sesuatu yang amat dasyat.
“Mereka terus bersekongkol dengan pembunuhan beramai-ramai kerana beberapa kali sebelum ini mereka (AS) memveto segala keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam usaha mengerahkan gencatan senjata di Gaza.
“Malah negara saya juga membekalkan dana kepada Israel untuk membeli senjata dalam menjayakan misi mereka di Gaza.
“Untuk itu, tiada cara lain selain menggesa kesemua pemimpin dari seluruh dunia untuk bertindak melakukan apa sahaja yang perlu dalam menghentikan semua kezaliman ini,” tambahnya lagi.
Antara lain, Wright juga menyatakan kekecewaannya terhadap Presiden AS, Joe Biden yang terus menerus membenarkan kekerasan dan kezaliman ini berlaku secara konsisten.
“Kita tahu Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat akan berlangsung pada November tahun ini.
“Ramai dalam kalangan rakyat di AS tidak berpihak kepada polisi Biden terhadap isu di Gaza dan pastinya ini akan menyebabkan dia akan kehilangan lebih banyak undi dan saya juga tidak akan sesekali mengundi Biden.
“Saya tidak percaya bahawa dia terus bersekongkol dan membenarkan segala bentuk kejahatan terus menerus berlaku di Gaza dan pastinya Israel berdepan risiko lebih besar sekiranya Biden kalah dalam pemilihan akan disebabkan isu ini,” ujarnya.
Pada 14 Mac lalu, Biden, 81, dan saingannya, mantan presiden, Donald Trump masing-masing mendapat pencalonan mencukupi daripada perwakilan parti mereka untuk dipilih sebagai calon untuk Pilihan Raya Presiden AS 2024.
Ia sekali gus menyaksikan pertandingan ulangan untuk calon sama untuk Pilihan Raya Presiden, pertama dalam tempoh 70 tahun.
Biden memerlukan 1,968 undi perwakilan untuk memenangi pencalonan Parti Demokratik dan beliau melepasi jumlah itu pada 12 Mac lepas.
Syafik Shukri Jalil
Sat Apr 20 2024
WRIGHT: Saya menyeru kepada pemimpin seluruh dunia untuk sama-sama membantu dalam usaha menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, membantu mereka yang memerlukan di sana seterusnya menyokong misi yang kami jayakan ini. - Foto Astro AWANI
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan NGO dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Freedom Flotilla di Gaza: Pemimpin dunia diminta tampil beri sokongan jayakan misi - FFC
Menurut Wright, kerjasama pemimpin dunia penting dalam memastikan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza dapat dihentikan segera.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
Gaza Freedom Flotilla: Tarikh akhir pelayaran tiga kapal akan dinilai semula - FFC
Tarikh akhir pelayaran tiga kapal terlibat yang dijadual pada 21 April ini hanya akan ditentukan melihat kepada situasi dan keadaan semasa.