Pasukan penyiasat antarabangsa merumuskan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra ketika membentangkan hasil siasatan tragedi MH17.
Siasatan turut mendapati peluru berpandu itu meletup di luar bahagian kiri kokpit pesawat berkenaan.
Pengesahan ini turut dibuat berdasarkan rakaman mikrofon di dalam kokpit yang mengesan bunyi letupan misil berkenaan.
Serpihan peluru berpandu itu ditemui di kawasan nahas dan juga di dalam bangkai pesawat tersebut.
BUK adalah peluru berpandu darat ke udara buatan Rusia.
Turut disebut dalam laporan itu ialah, Ukraine sedia tahu mengenai risiko di kawasan berkenaan tehadap penerbangan awam.
Bagaimanapun Ukraine gagal untuk menimbang ancaman yang wujud terhadap penerbangan awam.
MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 dan mengorbankan kesemua 298 krew dan anak kapal.
Lembaga Keselamatan Belanda dalam sidang medianya turut memaparkan animasi bagaimana pesawat itu ditembak.
Terdahulu, sebuah akhbar Belanda pada Selasa turut melaporkan bahawa penyiasat antarabangsa telah mendapati pesawat tersebut ditembak jatuh dengan peluru berpandu BUK buatan Russia.
Menurut AFP yang memetik akhbar berkenaan, peluru berpandu itu dilancar dari kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine.
Saksikan video penuh pembentangan laporan akhir hasil siasatan nahas pesawat MH17
Astro Awani
Tue Oct 13 2015
Siasatan turut mendapati peluru berpandu itu meletup di luar bahagian kiri kokpit pesawat berkenaan. - Foto AP
Lelaki hina wajah anak Caprice tampil mohon maaf bersemuka
Pemuda bernama Irfan yang datang dari Johor dengan menaiki bas itu dilihat bertemu dengan Farra sambil melutut meminta maaf.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Konflik di Gaza dijangka menjadi agenda utama di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam, OIC yang berlangsung di Gambia.
Sadiq Khan dipilih datuk bandar London untuk penggal ketiga
Sadiq Khan dari parti buruh, berjaya menewaskan calon dari parti konservatif dalam pilihan raya tempatan, menyaksikan beliau dipilih sebagai Datuk Bandar London untuk penggal ketiga.
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Penganalisis pasaran jangkakan Bursa Malaysia diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, disokong oleh minat belian dalam saham wajaran tinggi.
Ringgit dijangka diniaga berhati-hati berbanding dolar AS
Penganalisis berpendapat ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS, susulan pelabur terus memantau dengan teliti kemajuan ekonomi tempatan.
Fakulti kecerdasan buatan dirasmikan 10 Mei ini
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan fakulti kecerdasan buatan (AI) pertama di Malaysia akan dirasmikan Perdana Menteri 10 Mei ini.
Delegasi Hamas di Kaherah, mahu jayakan gencatan senjata
Delegasi Hamas yang berada di Kaherah memaklumkan beberapa perkembangan positif dicapai dalam rundingan gencatan senjata dengan Israel.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Ribuan penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Tel Aviv pada malam sabtu, menuntut perjanjian untuk membebaskan tebusan di Gaza.
Delegasi Hamas di Kaherah mahu jayakan gencatan senjata
Delegasi Hamas tiba di Kaherah pada Sabtu untuk bertemu pasukan pengantara dari Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.
Sadiq Khan dipilih Datuk Bandar London untuk penggal ketiga
Khan yang pertama kali dipilih pada 2016, menewaskan calon dari Parti Konservatif Susan Hall dengan kelebihan 276,000 undi.
MH17: Keluarga mangsa cadang saman Malaysia Airlines
Berpuluh keluarga mangsa insiden MH17 bercadang menyaman syarikat penerbangan itu untuk mendapatkan pampasan.