Laporan bersiri yang dikeluarkan oleh akhbar berpengaruh dunia Wall Street Journal (WSJ) berkaitan skandal yang melibatkan syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dicalonkan dalam Pulitzer Prize 2016.
Ia dicalonkan dalam kategori Laporan Antarabangsa (International Reporting).
Namun demikian, laporan yang ditulis Tom Wright, Bradley Hope, Simon Clark, Mia Lamar dan James Hookway itu tewas kepada Alissa J. Rubin dari The New York Times, yang melaporkan penganiayaan yang dihadapi wanita di Afghanistan.
Dalam kenyataan di laman web pulitzer.org, laporan itu terpilih kerana 'berjaya menguasai latar belakang kisah kerapuhan demokrasi, yang membawa kepada versi Watergate Malaysia'.
Turut tercalon dalam kategori tersebut ialah sebuah lagi laporan The New York Times, berhubung isu Daish atau kumpulan Islamic State (IS).
Berikut merupakan senarai pemenang Hadiah Pulitzer 2016:
KEWARTAWANAN
Khidmat Masyarakat - Associated Press
Laporan Berita Terkini - Los Angeles Times Staff
Laporan Penyiasatan - Leonora LaPeter Anton and Anthony Cormier of the Tampa Bay Times and Michael Braga of the Sarasota Herald-Tribune
Laporan Terperinci - T. Christian Miller of ProPublica and Ken Armstrong of The Marshall Project
Laporan Tempatan - Michael LaForgia, Cara Fitzpatrick and Lisa Gartner of the Tampa Bay Times
Laporan Kebangsaan - The Washington Post Staff
Laporan Antarabangsa - Alissa J. Rubin of The New York Times
Penulisan Rencana - Kathryn Schulz of The New Yorker
Komentar - Farah Stockman of The Boston Globe
Kritikan - Emily Nussbaum of The New Yorker
Penulisan Editorial - John Hackworth of Sun Newspapers, Charlotte Harbor, FL
Kartun Editorial - Jack Ohman The Sacramento Bee
Berita Terkini Fotografi - Mauricio Lima, Sergey Ponomarev, Tyler Hicks and Daniel Etter of The New York Times
Fotografi - Staff of Thomson Reuters
Fotografi Rencana - Jessica Rinaldi of The Boston Globe
DRAMA & MUZIK
Fiksyen - The Sympathizer by Viet Thanh Nguyen (Grove Press)
Drama - Hamilton by Lin-Manuel Miranda
Sejarah - Custer's Trials: A Life on the Frontier of a New America by T.J. Stiles (Alfred A. Knopf)
Biografi - Barbarian Days: A Surfing Life by William Finnegan (Penguin Press)
Puisi - Ozone Journal by Peter Balakian (University of Chicago Press)
Bukan Fiksyen - Black Flags: The Rise of ISIS by Joby Warrick (Doubleday)
Muzik - In for a Penny, In for a Pound by Henry Threadgill (Pi Recordings)
Pulitzer Prize merupakan sebuah anugerah berprestij yang mengangkat hasil karya dan laporan terbaik dalam kewartawanan, sastera dan muzik.
Madiha Abdullah
Tue Apr 19 2016
Laporan bersiri WSJ tentang 1MDB antara tiga laporan yang diiktiraf terbaik oleh Pulitzer.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Laporan skandal 1MDB oleh WSJ gagal raih Hadiah Pulitzer
Laporan yang ditulis Tom Wright, Bradley Hope, Simon Clark, Mia Lamar dan James Hookway dicalonkan dalam kategori Laporan Antarabangsa.