MANILA: Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos berlepas ke Malaysia pada Selasa untuk lawatan tiga hari bagi mengenal pasti bidang baharu kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara, lapor Xinhua.
"Saya percaya ini adalah masa yang sesuai untuk merancakkan semula potensi hubungan antara Filipina dan Malaysia," kata Marcos di pangkalan udara di Manila.
Filipina dan Malaysia, dua ekonomi utama di Asia Tenggara yang telah lama menikmati hubungan ekonomi yang rapat dan disokong oleh kekukuhan hubungan dua hala sejak beberapa dekad.
Di Kuala Lumpur, Marcos dijangka bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bertemu pemimpin perniagaan tempatan untuk berkongsi peluang perdagangan dan pelaburan.
Marcos berkata lawatannya akan memberi tumpuan kepada bidang seperti pertanian, keselamatan makanan, ekonomi digital, pelancongan dan bertukar pandangan serta meneroka bidang baharu kerjasama.
"Lawatan ini bertujuan untuk menjalin sinergi dengan Malaysia untuk Filipina menikmati bahagian pasaran ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023
Marcos berkata lawatannya akan memberi tumpuan kepada bidang seperti pertanian, keselamatan makanan, ekonomi digital, pelancongan dan bertukar pandangan serta meneroka bidang baharu kerjasama. - Gambar fail/Bernama
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Lawatan Presiden Filipina ke Malaysia untuk kenal pasti sinergi baharu
Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos berlepas ke Malaysia pada Selasa untuk lawatan tiga hari bagi mengenal pasti bidang baharu kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.