awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
Polis rampas arak, rokok seludup libat nilai rampasan RM1.22 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan Zelenskyy ke AS satu kegagalan - Rusia

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2025
00:45 MYT
Lawatan Zelenskyy ke AS satu kegagalan - Rusia
Trump ketika menyambut Zelenskyy di White House sempena lawatan rasmi pemimpin itu ke AS. - Foto AP
MOSCOW: Kementerian Luar Rusia menyatakan bahawa lawatan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy ke Washington pada Jumaat merupakan kegagalan politik dan diplomatik.
Rusia juga menuduh Zelenskyy terlalu taksub untuk meneruskan peperangan.
Dalam pertemuan di White House, Zelenskyy dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bertelagah sehingga menyebabkan hubungan antara Kyiv dan Washington merosot.
Ketegangan ini menjejaskan sokongan ketenteraan AS kepada Ukraine.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Rusia, lawatan Zelenskyy ke Washington pada 28 Februari adalah kegagalan sepenuhnya bagi rejim Kyiv.
Beliau menyifatkan tingkah laku Zelenskyy di White House sebagai biadab dan mendakwa pemimpin Ukraine itu hanya bermatlamat mengekalkan kuasa.
Beliau juga menyatakan bahawa Zelenskyy telah menghancurkan pembangkang, membina negara totalitarian dan menghantar jutaan rakyatnya ke medan perang tanpa belas kasihan.
Kyiv bagaimanapun menolak tuduhan tersebut.
Rusia, yang menghantar puluhan ribu tentera ke Ukraine pada Februari 2022, menyambut baik pertelagahan di White House itu.
Topic Berkaitan
#Volodymyr Zelenskyy
#lawatan
#gagal
#Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan