awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawrence Wong dilantik Pengerusi baharu Penguasa Kewangan Singapura

Bernama
Bernama
03/07/2023
06:49 MYT
Lawrence Wong dilantik Pengerusi baharu Penguasa Kewangan Singapura
Wong (gambar) akan menggantikan Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Dasar Sosial Tharman Shanmugaratnam.- Gambar fail/REUTERS
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Isnin mengumumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Lawrence Wong akan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah MAS berkuat kuasa Sabtu, lapor Xinhua.
Wong, yang merupakan timbalan pengerusi MAS sejak 1 Jun 2021, akan berkhidmat sebagai pengerusi sehingga 31 Mei 2026.
Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah MAS dari Jun 2011 hingga Ogos 2016.
Wong akan menggantikan Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras Dasar Sosial Tharman Shanmugaratnam, yang telah berkhidmat sebagai pengerusi MAS selama 12 tahun sejak Mei 2011.
Menteri Perdagangan dan Industri Gan Kim Yong akan dilantik sebagai timbalan pengerusi lembaga MAS bagi tempoh yang sama dari 8 Julai hingga 31 Mei 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penguasa Kewangan Singapura
#Lawrence Wong
#Timbalan Perdana Menteri Singapura
#pengerusi baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan